25/12/11

Tip Elak Ditipu Di Internet Semasa Jual Beli

 Sejak kebelakangan ini kita sering baca atau mendengar berita pasal pelanggan ditipu di internet. Sepatutnya kita sebagai pelanggan harus selalu peka. Sebenarnya punca utama juga adalah sikap kita sendiri yang cuai atau lalai semasa urusan jual beli ini. Jadi sebagai langkah-langkah berjaga-jaga sebelum menbeli barang di internet, lebih baik kita beringat sebelum kena.


1. Pastikan ada nombor telepon sebelum membeli, terus call dan tanya sendiri dengan penjual. Biar urusan jual beli kita itu telus dan kita boleh tanya sendiri keadaan barang yang ingin kita beli itu.


2. SMS pemilik kedai online, tengok ada reply atau tak. Tetapi selalunya iklan dekat mudah.my, ramai penjual yang tidak suka melayan SMS, jadi adalah lebih elok atau berkesan kita cll terus je dengan penjula tadi.

3. Melakukan carian di search engine seperti di laman web carian terkenal iaitu google.com. Caranya adalah:

Sebagai contoh:
Nama penjual tersebut ialah Mohd Rizan Bin Mohd Aman (sebagai contoh sahaja).Taipkan nama tersebut pada enjin carian dan cuba dapatkan hasilnya. Anda juga boleh gandingkan nama tersebut dengan kata kunci lain seperti penipu atau scammer dan beberapa keyword lain yang mungkin relevan untuk mendapatkan variasi keputusan daripada hasil carian tersebut.