30/11/11

14 Fakta Unik Tentang Bahasa Inggeris

14 Fakta Unik Tentang Bahasa Inggeris



1. Stewardesses adalah kata terpanjang yang dapat ditaip di keyboard hanya dengan menggunakan tangan kiri Anda. Sedangkan untuk tangan kanan, lollipop adalah yang terpanjang.

2. Tidak ada kata dalam bahasa Inggeris yang bersajak/berima dengan month, orange, silver, purple, angst dan scalp.

3. 'Dreamt' adalah satu-satunya kata bahasa Inggeris yang berakhir dengan huruf ‘mt’.

4. Kalimah ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

5. Kata racecar, kayak dan level dapat dibaca bolak-balik dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

6. Hanya ada empat kata dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, iaitu: tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.
v12gether.blogspot.com
7. Ada dua kata dalam bahasa Inggeris yang menggunakan kelima huruf hidup secara berurutan (a, e, i, o, u), iaitu: abstemious dan facetious.

8. Typewriter adalah kata terpanjang yang dapat ditaip menggunakan huruf-huruf yang terdapat pada satu baris keyboard (baris QWERTY).

9. Huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris adalah huruf ‘e’. Ini merupakan fakta baik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara umum, dalam karya fiksyen dan non-fiksyen, jurnalisme, kitab suci dan bahkan kode Morse!

10. Untuk huruf konsonan, huruf yang paling sering dipakai adalah huruf ‘t’.

11. Huruf yang paling sedikit digunakan dalam bahasa Inggeris adalah ‘q’ – bukan ‘z’.

12. Lima huruf yang paling sering muncul sebagai huruf pertama dalam kata bahasa Inggeris – secara berurutan – adalah ‘t’, ‘o’, ‘a’, ‘w’ dan ‘b’.

13. Hampir setengah dari seluruh kata bahasa Inggeris diakhiri oleh huruf ‘e’, ‘t’, ‘d’ dan ‘s’.

14. 'The' adalah kata yang paling sering digunakan dalam bahasa Inggeris. Jika Anda tidak percaya, cubalah berbicara dalam bahasa Inggeris standart yang benar selama 5 minit tanpa menggunakan kata ‘the’.

Buku Yang Lebih Mahal Daripada Ferrari

Buku Yang Lebih Mahal Daripada Ferrari

Maranello – Ini mungkin buku yang tidak anda temui di sembarang kedai buku atau perpustakaan di sekitar Anda. Harganya lebih mahal dari sebuah kereta Ferrari.

Penerbit buku dengan judul The Official Ferrari Opus ini disebut sebagai buku automotif paling eksklusif yang pernah dibuat.

Memang isinya apa ? Buku setebal 852 halaman ini berisi koleksi gambar dan data kereta Ferrari. Agar makin eksklusif, di sampul bukunya terdapat logo kuda dengan berlian. Wow…

Selain mendapatkan buku ini, setiap pembelinya nanti akan diberi gambar dirinya bersama replika kereta Formula 1 yang digunakan oleh bekas pelumba Ferrari dan juara dunia 7 kali, Michael Schumacher.

Dan untuk menambah nilai eksklusifnya, seperti detikOto kutip dari The New York Times, Khamis (7/4/2011) penerbit hanya memperbolehkan satu buku untuk satu negara. Jadi para pembeli harus bersaing untuk mendapatkannya.

Isi buku ini kebanyakan meliputi kegiatan lumba Ferrari di Formula 1 tahun ini. Selain itu buku ini juga akan memuat tanda tangan asli dari bos Ferrari Luca di Montezemolo dan investor Ferrari yang memfasilitasi pembangunan Ferrari Dunia Abu Dhabi, Al Mubarak.

Sementara buku pertama yang dicetak akan dileong dengan penawaran tertinggi yang hasilnya akan digunakan untuk amal.

Namun bagi yang ‘tidak rela’ mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah buku, Ferrari khabarnya akan menyediakan buku ini dalam bentuk digital untuk dibaca di iPad atau iPhone dan bolehdidapatkan di iTunes.

Enzo Diamante edition sendiri bukanlah buku koleksi Ferrari pertama yang dikeluarkan. Sebelumnya juga sudah ada edisi lain yang dinamakan Enzo edition yang juga dicetak sebanyak 400 eksemplar. Buku ini masing-masing dijual dengan harga US$ 37.500 .

Ada lagi Cavallino Rampante edition yang dicetak sebanyak 500 eksemplar dan dijual dengan harga US$ 7.000. Sementara Classic edition yang ditandatangani oleh pembalap Formula 1, Felipe Massa dan Fernando Alonso dilepas dengan harga yang lebih murah, yakni ‘hanya’ US$ 4.100 adan dicetak sebanyak 4.100 buah.

Sejarah Hari Asyura

Sejarah Asyura

Sejarah Hari Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan.

Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian.

Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

-Hari pertama Allah menciptakan alam.

-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-Hari pertama Allah menurunkan hujan.

-Allah menjadikan 'Arasy.

-Allah menjadikan Luh Mahfuz.

-Allah menjadikan Malaikat Jibril.

-Nabi Adam a.s. dicipta.

-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

-Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

-Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

-Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

-Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

-Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

29/11/11

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam
Sekarang sudah masuk musim hujan dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika kita kanak-kanak emak selalu pesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak hingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya kalau terkena hujan kita akan demam? Sebenarnya apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namum jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tak akan demam.

Ini kerana tubuh kita menpunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika kita terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas, agar suhu kita menjadi stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

Foto Pra-Perkahwinan Pasangan Islam Haram

Foto pra-perkahwinan pasangan Islam haram

Perkahwinan dalam Islam adalah sesuatu yang suci dan dikira suatu ibadat dan juga sunnah nabi. Jangan pula dalam kita asyik dan seronok untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita jadi alpa dan menjadikan ia suatu dosa. Menjadi trend masa kini setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil gambar pra perkahwinan untuk diletakan didalam kad jemputan. Mungkin ada fikir ianya tidak mengapa, kelak si dia akan menjadi milik kita. 

Tetapi kita lupa yang agama telah menbataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, jadi mengapa kita mahu cemarkannya dengan amalan orang barat. Sedangkan secara terangan kita telah ditegah. Jangan terlalu mengikut budaya asing yang terlalu bebas cara hidup artis kerana kita ada batas dan harus diingat perkahwinan adalah suci dan tidak seharusnya dicemari dengan budaya sebegini. 

JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. - Utusan



sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_03.htm

28/11/11

10 Makanan Paling Pedas Di Dunia







Ramai jugak yang suka atau tak boleh makan makanan pedas ni. Tetapi bagi sesetengah orang, kalau tak rasa pedas dalam hidangan mereka tak sah, tak sempurna hidup mereka, paling kurang pun nak kena nampak cabai jugak. Jom kita tengok makanan apa yang paling pedas di dunia. Agak-agak korang boleh tahan tak makan makan nie.

10. Tom Yum – Thailand.



Sup asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda, aroma yang memikat dan menjanjikan pedas yang menyengat. Variasi dari Tom Yum ini banyak, antara lain adalah Tom Yum Gai (ayam) atau Tom Yum Pla (seafood), rasa pedas yang ada berasal dari cabai yang disebut Thai Bird's Eye Chilis, air limau nipis dan daun jeruk purut. Garapn menu rasa yang cukup untuk menbuat lidah kita seperti dalam ketuhar.


9. Shrimp Creole – Amerika.



Masakan ini berasal dari Amerika Syarikat bahagian Selatan, dan merupakan comfort food buat mereka yang menyenangi rongga mulut terasa terbakar. Campuarn bahan makanan ini sederhana, seperti cabai, tomato, udang dan ayam, dan rasa pedas makanan ini didapati dari cabai segar dan cayenne pepper


8. Papa a la Huancaina – Peru



Makanan ringan seperti salad kentang, yang berisi kentang rebus dingin, dan disajikan dengan sos Huancaina. Penyajian lengkap makanan ini selalu melibatkan daun selada, buah zaitun hitam, biji jagung, dan potongan telur rebus. Saus Huancaina inilah yang membuatnya ekstra pedas, kerana selain terbuat dari keju, susu kental, garam, salah satu bahannya adalah cabai yang disebut Amarillo chili, pergh...nagis wa cakap lu...


7. Lobak dengan Lada Sichuan – China



Pada umumnya salad disajikan segar dengan sedikit rasa masam, tapi salad yang ini sangat berbeda. Lobak dengan Lada Sichuan (utuh) dan potongan cabai merah. Jadi dalam makanan ini Anda akan menemukan rasa manis, pedas, dan rangup. Memang makanan yang disajikan dengan brilian.. dan membakar.. Cabai yang digunakan? Bird's Eye Chilis. Jika cabai ini masih kurang, ingat, ada Lada Sichuan. Rasanya, digambarkan dengan menarik, asam-asam pedas.

6. Bibimbap dengan Kimchi – Korea



Bibimbap? Kimchi? Asing ya.. coba kita lihat satu persatu. Kimchi adalah acar kubis, yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai, dan halia! Pedas? Sudah pasti, panas pula! Masa penapaian acar kubis ini beberapa bulan, jadi bayangkanlah, rasa pedas bawang dan cabai serta halia yang sudah pasti menyengat!

Bibimbap adalah makanan klasik khas korea, yang terdiri dari nasi, sayuran tumis, daging, telur goreng dan.. sambal… Selamat menikmati!


5. Sayap Ayam Suicide – Amerika



Entah kenapa orang Amerika suka banget sayap ayam yang digoreng kering, kemudian dicampur dengan bahan-bahan panas-pedas yang menurut mereka 'boleh membakar perut', yang pastinya masih tidak terasa apa-apa di lidah kita. Biasanya bahan-bahan campuran berupa campuran Sos Tabasco, potongan cabai kering, dan cabai segar cincang (semua biji cabeai yang ada dibuang terlebih dahulu)


4. Jerk Chicken – Karibia



Tidak hanya ganas, tapi makanan ini juga nikmat dan sangat menyenangkan. Bahan dicampur khas dari daerah Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma nikmat. All spice, cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih, semuanya menyumbangkan rasa hangat, yang diperkuat oleh cabai Scotch Bonnet yang dikatakan mampu membuat orang kebingungan setelah menelan, terasa nikmatnya.


3. Wot – Ethiopia



Mungkin orang banyak yang tidak berpikir bahwa Afrika juga ada makanan pedas, jangan silap, Ethiopia terkenal dengan Wot (tumisan). Wot yang paling nikmat seringkali dicampur satu kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa ons halia, dan barbere (campuran bahan kering dan cabai kering).

Makanan luar biasa ini dibuat dari sup ayam, yang diberi bahan seperti di atas, dan direbus selama beberapa jam, sampai semua rasa yang ada tercampur rata, dan panas dari cabe dan bahan yang ada juga tidak tertinggal sedikitpun. Setelah masak, makanan ini disajikan di atas piring injera (semacam roti) dan diberi bonus telur rebus.


2. Vindaloo – India



Bayangkan, bahan seperti biji mustard, cabai kering, ketumbar, halia, semuanya ada.

Vindaloo ini pedas, kerana daging yang digunakan dalam masakan ini direndam dalam cuka, yang ditambah bumbu pedas tadi, yang semuanya akan bekerja sama membuat daging yang ada semakin menusuk dan menyengat!


1. Sambal Ulek – Indonesia



Sambal Ulek, sama tak macam sambal belacan, agak-agak mana lagi pedas. Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird's Eye Chili.

Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin.



Malique feat Jamal - Aku Maafkan Kamu : Lagu Penuh Makna Tersirat





Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
 Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Makna Perkataan :
diisolasi - diasingkan (dihindar), isolate/isolation/isolated.
daktil - jari (tangan atau kaki)
inkarserasi - incarceration (pemenjaraan), b.inggeris
halusinasi - halucination (khayalan)
artileri - meriam
auditori - perkara berkaitan pendengaran
acap - selalu
acapkali - seringkali
neraca - timbang dacing
kurambit - kerambit
kacip - kacip ni macam gunting tapi bukan untuk memotong, lebih kepada membelah (to crack)
rahi - berahi
teratak - bukan rumah, tapi lebih kepada pondok. kalau rumah pun, kira rumah yang kurang sempurna sifatnya, asal ada. macam pondok wakaf...

Tok Berlagak Baca Yasin Mengundur


SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.


“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.


“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi

Awek Nazmi Faiz Bintang Baru Bola Sepak Malaysia

Nazmi Faiz, wira baru bolasepak Malaysia, walaupon usianya masih muda tetapi prestasi yang ditunjukkan pada kejohanan bola sepak Sukan SEA 2011, serta menbantu menjaringkan gol pada perlawan kelayakan Olimpik 2012, walaupun Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain.

Aksinya yang memukau, dia adalah harapan skuad bolasepak Malaysia untuk masa akan datang. Usianya yang masih muda harus digunakan sebaiknya untuk meningkatkan lagi mutu permainan. Diharap dia akan terus bersinar dan mengharumkan bolasepak tanahair.

Profile:
Nama : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Kelab Sekarang : Harimau Muda B


Bila dah popular sikit mula lah orang pun nak cerita pasal kehidupan peribadi. Semua benda nak digodek...huhuhu...dan macam biasa takkan lari daripada gosip pasal awek...betul ke nie awek Nazmi Faiz..Nama dia Nadia Ismael...Nak tau try la follow kat twitter dia nie http://twitter.com/#!/NadiaIsmael

27/11/11

Khasiat Air Kelapa

khasita air kelapa
1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

26/11/11

Awal Muharam Dalam Pandangan Islam

maal hijrah : Awal muharam

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36) 
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim) 
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar. 
Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya. Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata. 
Hikmah bulan haram 
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman. 
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148) 
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas. 
Amalan sunnah Muharam 
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan. 
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa. ” 
Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa. 
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9. 
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim) 
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim) 
Salah faham Muharam 
Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a. 
Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali. 
Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah) 
Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun. 
Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.
Sumber Sinarharian

Info Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan keluar tidak lama lagi, iaitu pada 1 disember 2012 5 Disember 2011...

dari apa yg di lontarkan oleh Ketua Setiausaha Negara semasa perjumpaan dgn pegawai tinggi kerajaaan selasa lepas, macam-macam pekara baru akan di wujudkan dalam skim ini.

antaranya

1. "Exit Policy"
mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti

2. Pengredan semula jawatan
akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana
ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi. maksudnya kalau ambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yg sekarang ini hanya bertugas sebagai Pemandu, kena la ada multiskill, jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip tukang angkat telepon lepas ni....

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

apa pun, kita tengok 1 disember nanti bila pekeliling baru akan keluar bersama borang opsyen....

pentingnya borang opsyen ni, sekiranya penjawat awam terima, mulai 1 januari 2012, kerja akan di nilai spt di atas, dan hanya pencen wajib pada umur 60 tahun...

sekiranya tak nak terima opsyen ini, akan di minta berhenti........

 

25/11/11

Pesanan Dari Lombok : Terima kasih Malaysia

Malaysia dan Indonesia adalah serumpun walaupun secara terangan aa yang menyangkalnya, padahal hubungan kedua-dua negara berjiran ini seharusnya lebih akrab. Namum sejak kebelakangan ini hubungan seakan retak dengan pelbagai insiden, walaupun hal yang kecil namum seakan sengaja diperbesarkan. Blog aku ini mendapat komen dari sahabat kita dari seberang didalam entry aku yang bertajuk Bolasepak : Ranking Malaysia Jatuh Lagi. Mari kita berlintas langsung apa yang dikomen oleh AdminL7

24/11/11

Kalah Bola Sukan SEA : Lamanweb 1Malaysia Digodam




www.1malaysia.com.my/

Lamanweb  peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Menurut pos sebuah blog terkemuka pro-Pakatan Rakyat - Milo Suam - ia berlaku awal pagi ini.

Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa lamanweb tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.

Beberapa jam kemudiannya, penggodam meletakkan gambar baru seorang budak kencing ke atas dua bendera Malaysia.

Apabila Malaysiakini menyemak lamanweb itu lewat petang ini, imej tersebut telah digantikan dengan notis yang menyatakan bahawa lamanweb tersebut dalam penyelenggaraan.

Lamanweb Najib digodam dua hari selepas Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta.


sumber

Seni Pensil Kontot

Seni Pensel Kontot 


Siapa cakap seni hanya sekadar mencanteng pensel diatas kertas putih jer. Kini pensel juga boleh dijadikan bahan untuk berkarya. Sungguh kreatif dan menakjubkan, pelbagai ukiran dapat dilakukan pada hujung mata sebatang pensel kontot. Jom kita layan.




























Gadis Berbogel Dalam Blog...


Kaherah – Tindakan seorang pelajar universiti di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy ( gambar ) yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.

Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga pengunjung dalam masa dua saat.

Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah itu.

Ia termasuk gelaran pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya. Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.

Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak ramai dan atas paksaan keluarga.

Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.

Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6 April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu.

Dalam pada itu, Pergerakan Belia 6 April Mesir menyifatkan tindakan gadis itu menyamar sebagai anggota pertubuhan berkenaan sebagai satu konspirasi.

“Gadis bernama Aliaa al-Mahdy ini telah menyebarkan pembohongan mengenai kumpulan ini. Kami tidak mempunyai anggota yang terlibat dalam perbuatan tidak bermaruah dan dia ini adalah agen Keselamatan Negara yang hanya ingin merosakkan imej kami selepas kejayaan protes anti kerajaan yang berjaya menyingkirkan Hosni Mubarak, Februari lalu,” kata pergerakan berkenaan dalam satu kenyataan.

23/11/11

Fakta Mengenai Ketawa

Fakta Mengenai Ketawa 
1. Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal. Ketawa dapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka, perut dan diafragma.

2. Selain memulih mood kita, ketawa boleh mengurangkan stress, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.

3. Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan dijatuhkan selepas satu dos ketawa.

4. Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalam badan dengan penarikan nafas lebih dalam.

5. Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.

6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.

7. Antibodi yang paling kuat di badan kite dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.

Bolasepak : Ranking Malaysia Jatuh Lagi

Ranking Malaysia Jatuh Lagi
Walaupun kita baru sahaja merayakan kejayaan memenangi pingat emas Sukan SEA menewaskan Indonesia. Tetapi ranking FIFA kita sebenar semakin menurun. Untuk perhatian juga kemenangan pingat emas tidak kira untuk mata di dalam ranking FIFA.

Dengan Kekalahan Terbaru Semasa Friendly Match dengan India, Harimau Malaya Jatuh Lagi 4 Anak Tangga Ke Kedudukan 155 Daripada 151 Pada Bulan Lepas.

Setakat ini mata yang dikutip oleh Harimau Malaya Hanyalah 140, berbanding 155 pada bulan lepas.


Ranking Malaysia Jatuh Lagi

dengan kedudukan tersebut, Malaysia berada di kedudukan ke 5 di zon Asia Tenggara

Thailand = 132
Vietnam = 134
Indonesia = 144
Singapore = 152
Malaysia = 155
Filiphine = 159
Myanmar = 169
Kemboja = 169
Laos = 175
Brunei = 198
Timor-Leste = 203

Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Team Malaysia

Berikutan kemenangan Team B-23 malaysia keatas Indonesia semalam Selena Gomez pon turut tidak ketinggalan memberikan sekalung ucapan tahniah...Hahaha Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Team Malaysia
Apa kata Sblom tdow kita layan dulu lagu daripada Selena yang tengah top sekarang...>_<

22/11/11

TOP 10 Shopping Complex Di Dunia

1. South China Shopping Mall, China
TOP 10 Shopping Complex :. Dibuka pada tahun 2005
:. Ia juga mempunyai taman tema
:. Mempunyai keluasan 7.1 juta kaki persegi
>> http://www.southchinamall.com.cn/english/index1.jsp


2. Golden Resources Shopping Mall, China
TOP 10 Shopping Complex

:. Dibuka pada tahun 2004
:. Mempunyai 1000 kedai termasuk jenama Global
:. Keluasan lantai 6 juta kaki persegi
:. Juga dikenali sebagai "Great Mall of China"



3. SM Shopping Mall of Asia, Filipina
TOP 10 Shopping Complex

:. Dibuka pada tahun 2006
:. Keluasan lantai 4.2 juta kaki persegi
:. Mempunyai kolam bersaiz olimpik dan theater.
>> http://smmallofasia.com/moa/?p=1097


4. Cevahir Shopping Mall, Istanbul
TOP 10 Shopping Complex

:. Dibuka pada tahun 2005
:. mempunyai keluasan lantai 3.8 juta kaki persegi
:. Juga mempunyai roller coaster, wave pool & beberapa theater.
>> http://www.istanbulcevahir.com/english/#/events


5. West Edmonton Shopping Mall, Canada
TOP 10 Shopping Complex

:. Dibuka pada tahun 1981
:. Mempunyai keluasan 3.8 juta kaki persegi
:. Memiliki 800 lebih unit kedai, gelanggang skating, kasino & permainan.
>> http://www.wem.ca/


6. SM Megamall, Philippines
TOP 10 Shopping Complex

:. Mula beroperasi pada tahun 1991
:. berkeluasan 3.6 juta kaki persegi
:. Juga mempunyai 12 Teater filem, gelanggang ais skating, bowling.
>> http://sm-megamall.com/megamall/?p=1262


7. Berjaya Times Square, Malaysia
TOP 10 Shopping Complex

:. Mula beroperasi pada tahun 2005
:. berkeluasan 3.4 juta kaki persegi
:. memunyai taman tema dalam bangunan & lebih 1000 lot kedai.
>> http://www.timessquarekl.com/


8. Beijing Shopping Mall, China
TOP 10 Shopping Complex

:. Dibuka pada tahun 2005
:. Berkeluasan 3.4 juta kaki persegi
:. Mempunyai pantai buatan manusia


9. Zhengjia Shopping Plaza, China
TOP 10 Shopping Complex

:. Mempunyai kompleks hotel & juga lot-lot kedai.
:. Berkeluasan 2 juta kaki persegi



10. SM City Shopping Mall North Edsa, Philippines
TOP 10 Shopping Complex

:. Kompleks 5 tingkat mengadungi lebih 1000 lot kedai
:. Juga mengandungi 12 pawagam, bowling & gelanggang luncur
:. Berkeluasan 3 juta kaki persegi
:. Mula dibuka secara berperingkat dari tahun 1985