15/08/13

Proton hatchback Turbo Dilancar Sabtu

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

Setelah beberap bulan ini kita sajikan dengan rumor pasal kereta Proton Hatchback. Jadi sudah sampai masanya kita melihat kemunculan kereta ini diatas jalanraya selepas ia dilancarkan nanti, pada hari sabtu ini.

Proton Holdings Bhd akan melancarkan model terbarunya, iaitu kereta hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa turbo pada Sabtu ini.

Proton hatchback Turbo

Pengenalan model itu adalah antara langkah yang diambil oleh pengeluar kereta nasional berkenaan untuk mengukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit dalam pasaran automotif tempatan serta meningkatkan kadar penembusan rangkaian modelnya di pasaran antarabangsa. 

Pelancarannya dijadualkan disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE. 


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...Sabtu/Article/