14/05/11

Kembara Berakit Antarabangsa Di Sungai Pahang 2011


Pada suatu hari di pagi itu, burung-burung pun berkicauan. Ada yang berkerja, ada yang bergumbira...ehem3...awok, hari ni teman nk citer skit, pasal pengalaman teman menyertai Kembara berakit Antarabangsa Di Sungai Pahang 2011 anjuran KPKK. Walaupon teman mengikuti program ini dengan paksarela sukahati, namum banyak pengalaman dan imu yang teman dapat. Sebanyak 38 rakit telah menyertai kembara berakit ini, dengan setiap pasukan dihadkan kepada 12 orang sahaja. Dimana 6 orang akan berakit manakala 6 lagi bagi tujuan logisitk seperti memasang khemah dan sebagainya. Jadi sebagai team kami telah membuat strategi dimana akan bergilir-gilir tukar posisi berdayung nanti. Bak kata orang tua-tua berat sama di pikul ringan sama di jinjing. tak gitu...apa lagi duk tunggu tue...Moh kite cuci mata skit hehehe...



Inilah rakit yang di sediakan oleh pihak pengajur. Dan para peserta dikehendaki menhias rakit masing-masing dengan kreativiti sendiri, dan geng kita orang mendapat soalan bocor. Pihak juri mahukan rakit yang berunsurkan natural dan semulajadi. hehehe...terima kasih Kak Sarah ( pengacara majlis ).

Maka dengan penuh semangat, kami betungkus lumus menhias rakit kami. Untuk menyaingi musuh ketat kami iaitu perakit-perakit profesional dari Kampung pagi.

Inilah dia rakit dari team Belia 4B Kampung Pagi. Aik. korang pon dapat soalan bocor ker? xaci...untuk pengetahuan korang team ini dianggotai oleh 3 perakit lelaki dan 3 perakit perempuan, dan teman sendiri pon respek dan tabik spring dekat diaorang nie sebab dengan penuh semangat mereka berkayuh selama 5 hari tanpa henti. Cayalah awek-awek Kampung Pagi.

Tanpa menpedulikan pasukan lawan, walaupon di asak hebat dengan pelbagai kecaman dan kutukan. Kami meneruskan misi kami untuk menhias rakit kami secomel mungkin.

Nampaknya pemainan semakin panas (sebab waktu ni pukul 3 ptg...panas giler beb), dengan asakan bertubi-tubi daripada pasukan Team Belia 4B Kampung Pagi, yang juga tidak mahu kalah dalam pertandingan ini bagi merebut wang hadiah sebanyak RM1,500 bagi pertandingan rakit tercantik

Dan tidak lupa juga kepada pasukan underdog yang turut menpertaruhkan nyawa menyertai iaitu Pasukan JASA. Ewah...ni datang nak bertanding ker nak berpiknik....siap bawa bekal lagi tue...

Antara detik-detik mencemaskan semasa pasukan kami menhias rakit.


Taadaa...akhirnya siap jua rakit kami. Cantikkan? hehehe...macam rakit nk bawa mayat daa...sebenarnya ada banyak lagi rakit-rakit lain yang lebih cantik...fuhh...
Inilah wajah-wajah perakit dari team Belia 4B Kampung Pagi dan Team kami.








Inilah muka serius encik Wan yang juga merangkap chief dimission bagu team kami dan juga sedang memangku jawatan selaku ketua gengster Daerah Pekan. Walaupun sebenarnya orangnya sangat kelakar dan sangat poyo bila time nak ambik gambar.

Sementara itu penari-penari kebudayaan juga turut sama memeriahkan upacara perasmian majlis ini. Peewwittt...ehem3...
Tidak lupa juga kepada para petugas medik yang akan menberi khidmat pertolongan cemas sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Meraka adalah JPA3 dan awek yang sedang galas beg dan menbelakangi kemera itu namanya Sarah...hehehe...

Gelagat Tengku Mahkota Pahang ketika melawat gerai pameran Kraftangan Malaysia kami.

Inilah rintangan dan cabaran yang akan dan terpaksa ditempuhi ketika berakit  di Sungai Jelai, Pahang. Kembara ini akan bermula di Kuala Lipis - Jeram Landak, pada hari pertama. Pada hari kedua pula dari Jeram Landak - Kampung Perdah. Dan pada hari ketiga dari Kampung Perdah - Jerantut Jeti. Manakala pada hari keempat dari Jerantut Jeti - Kampung Sanggang. Dan penamatnya pula dari Kampung Sanggang - Kuala Triang

Selain daripada kita dapat berakit di Sungai Pahang, kita juga turut dihidangkan dengan pemandangan yang cukup hijua saujana mata memandang di sepanjang laluan.

Tapak perkhemahan kami di perhentian pertama di Jeram Landak.

Acara perlepasan di Jeram Landak, dan untuk laluan ini aku tidak berakit, tetapi hanya terlibat menjadi unit logistik pula selepas aku berkayuh sejauh 35km dari Kuala Lipis-Jeram Landak semalam. Penat wei...huhuhu

Dan setakat ini dahulu laporan saya ketika menyertai Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011, kerana di hari kedua ini bateri kamera aku sudah kehabisan dan x dapat la aku nak ambik gambar lagi, kalau korang berminat boleh la join lagi tahun depan. Tak rugi, banyak pengalaman yang kita dapat, kita boleh kenal budaya-budaya masyarakat di setiap persinggahan kita....huhu...gudbye

7 comments:

  1. bestnya dpt berakit disg pahang...

    BalasPadam
  2. mama aini : best woo...rugi x join...hu3

    Ain : hehe...nak takot ape...takot penat ajer lah...jauh wei di setiap laluan..ade sampa 40km sehari...perggh

    BalasPadam
  3. wau aku suka benda2 gini..best ar berakit2 ni..banyak mengembara luas pengetahuan..

    BalasPadam
  4. prince dtg melawat ye..entry yang bagus...huhu..:)..
    nak datang selalu boley ??

    BalasPadam
  5. best berakit.. dulu pernah buat..

    BalasPadam
  6. nampak meriah
    dan seronok ...^^

    BalasPadam