23/05/11

Butang 'Like" Facebook adalah spy?

Butang 'like' facebook dan 'tweet' twitter sekarang begitu meluas digunakan dimana-mana laman web dan tidak ketinggalan ia turut digunakan di blog-blog. Dimana kita semua tahu tujuannya adalah bagi memudahkan kita atau pelawat untuk kongsikan maklumat ke lama web sosial, dan ia juga menjadi salah satu cara untuk para blogger untuk menpromosikan blog mereka.

Mungkin ini tiada apa-apa bagi kita, namum butang 'like' ini sebenarnya seperti menjadi spy atau mata-mata kepada facebook untuk mengesan kita, walaupun kita tidak klik butang itu.

Menurut kajian yang dibuat oleh The Wall Street Journal, yang bimbang akan privasi pengguna internet terutamanya yang menpunyai akaun facebook dan twitter akan terganggu.

Ini kerana walaupun tujuan asal butang-butang ini adalah untuk pengguna berkongsi maklumat dari sesebuah laman web atau blog dengan laman sosial. Namum sebenarnya "cookie" telah diletakkan pada komputer kita. dan keadaan ini membolehkan Facebook dan Twitter mengesan bila kita melawat laman tertentu.


Dan segala data-data ini akan disimpan selama 3 bulan lebih lama daripada Google iaitu hanya selama 2 minggu. Data-data ini menurut Facebook adalah hanya untuk tujuan mengesan target iklan.

Namum begitu, ianya hanya akan dapat mengesan kita apabila kita 'login' di laman-laman web berkenaan. Jadi bagi mengelakkan kita dari di kesan, sebaik-baiknya 'log out' dengan betul sebelum meninggalkan laman web Facebook atau Twitter.



17 comments:

  1. thanks eddie, bagus info ini..lepas baca info ini mama akan berhati2 like kat fb atau blog...

    BalasPadam
  2. kalau ini fakta yang betul..kita kena hati2 pasni huhuh..apapun tq share info ni..

    BalasPadam
  3. betul atau x...tp ia tidak mustahil...hehe...

    BalasPadam
  4. maklumat menarik..kena lbh berhati2..

    p/s: sme2..follow awk dsbbkan awk mpunyai info menarik!! thnx ea.

    BalasPadam
  5. baru ku tahu..

    nk aku try cari bahan bukti lagi untuk confirmkan bende ni

    BalasPadam
  6. baru tahu,,, thanks2.. =)

    BalasPadam
  7. ohh . yeke ? orang suka sgt kot like like nihhh . huuuuu

    BalasPadam
  8. ohhh..2 fnctionn dy ae....

    tq 4 info..:P

    BalasPadam
  9. nak tekan button "like" ke idak ni? kikiki!
    nice sharing!!!

    BalasPadam
  10. jgn like walaupun 'like'...:)

    BalasPadam
  11. like3..yana tkn yer! =.=

    BalasPadam
  12. wahhhh... suatu topik yang menarik. kadang2 kita ni main LIKE aje, tak terfikir pula boleh sampai ke situ jadinya...

    BalasPadam
  13. rupanya ada agenda tersembunyi FB ni..

    BalasPadam
  14. eyh ye ke? cane dorg detect kita kat mana?

    BalasPadam