22/09/13

Budak artilleri Mujahidin Syria berusia 10 tahun


Di sebuah kilang senjata milik Mujahidin Aleppo, Syria. Muncul seorang budak kecil dengan gagahnya membawa sebuah peluru berpandu mortar. Sesekali dia mengelap mukanya yang kotor kesan minyak hitam dengan bajunya. Tidak nampak raut muka kepayahan dan keluhan di wajahnya. Sesekali dia melemparkan senyum kecil di bibirnya.



Nama budak lelaki itu ialah Issa. Berumur 10 tahun. Pada usia sepertinya, adalah fitrah kanak-kanak menghabiskan masa untuk bermain-main dengan kanak-kanak kecil yang lain. Tapi berbeza dengan Issa, dia lebih memilih bersama dengan ayah di kilang tempat dia bekerja. 



Issa menjadi jurutera senjata berat Mujahidin Syria. Hebat bukan? Jelas itu bukanlah pekerjaan yang mudah, memandangkan pada setiap hari dia perlu berdepan dengan pelbagai jenis roket, peluru berpandu mortar dan yang lebih besar lagi seperti senjata-senjata artilleri, dari yang ringan mahupun yang berat.