24/08/13

Senarai Kongsi Gelap Tersebar | NGO Mengamuk

Beberapa hari lalu tersebar senarai nama Kumpulan Kongsi Gelap di laman sosial Facebook. Semperna musim panas kumpulan kongsi gelap sekarang ni kan. Namum ada pula yang mendakwa di dalam senarai itu bukannya kongsi gelap. Bagi aku tak salah nak berpersatuan, tapi ada sesetengah tu sudah salah guna. Kita tahu macam mana kumpulan kongsi gelap ini hidup, apa sebenarnya perniagaan mereka. Hapuskan semua kongsi gelap yang membawa masuk segala macam bahan ke negara ini.



KUANTAN 23 Ogos - Sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat laporan polis berhubung penyebaran senarai nama kongsi gelap melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

Penyebaran sejumlah nama kongsi gelap itu dikhuatiri tidak benar malah boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kuantan di sini yang diketuai Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Wan Emril Nizam Wan Embong bersama pemimpin NGO lain kira-kira pukul 11.30 pagi.

NGO lain terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Belia Kuantan dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kuantan.

Wan Emril ketika ditemui berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan rasa tidak selamat orang ramai.

"Justeru, kami meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE