25/08/13

Pembentangan Bajet 2014 Dan Harapan Rakyat

Pembentangan Bajet 2014 akan dibuat pada 25 Oktober 2013 oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Setiap tahun kita mahu tahu apa perancangan kerajaan akan lakukan untuk memajukan negara dan yang lebih penting ia akan bermanfaat kepada rakyat jelata.

Pembentangan Bajet 2014


Pada pandangan aku apa yang menjadi harapan untuk Bajet 2014 kali ini adalah, pertamanya rakyat mahu dengar berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebab dalam pilihanraya lepas PM ada menjanjikan akan menaikkan jumlah bayaran BR1M kepada RM1200. 

Selain itu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap tahun adalah Bonus untuk hujung tahun nanti. Minta-minta dapatlah lagi RM500 yer, untuk anak sekolah.

Mungkinkah permohonan CEUPACS akan diterima, iaitu untuk kerajaan mengkaji semula elauan COLA dan Elaun Perumahan penjawat awam akan diterima oleh kerajaan.

Isu penurunan dan pengawalan harga rumah juga dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh PM nanti.

Dan lagi satu yang sepatutnya menjadi perhatian PM adalah soal pinjaman, dimana sebelum ini BNM telah membuat syarat yang ketat dengan menghadkan tahun maximun untuk pinjaman. Jadi apa tindakan kerajaan untuk membantu rakyat di dalam hal ini.

Menurut laporan, Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.
Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.