14/08/13

Beza Diantara Tuan Guru Baba, Habib, Sheikh Dan Al-Fadhil

Perbezaan diantara gelaran yang diberikan seperti Tuan Guru Baba, Habib, Sheikh Dan Al-Fadhil. Mungkin ramai diantara kita yang masih konfius tentang makna setiap gelaran yang diberikan ini. Jadi Ustaz Azhar di dalam siri ceramahnya ada menjelaskan bahawa.


Tuan Guru Baba adalah seorang Tuan Guru atau seorang Ulama yang banyak ilmunya sehingga dia boleh membuka pondok untuk mengajar bermacam ilmu agama. Gelaran ini sering digunakan di Patani

Habib maknanya di dalam bahasa Melayu adalah orang yang sangat dikasihi. Mereka ini pula adalah alim ulama di dalam golongan Tarekat.

Al-Fadhil pula orang yang ada kelebihan ilmu di dalam bidang tertentu seperti ada ustaz yang digelarkan Al-Fadhil.

Sheikh pula adalah gelaran bagi alim ulama yang martabatnya lebih tinggi daripada kalangan ulama yang lain, kerana kelebihan di dalam ilmunya. Yang menjadi tempat rujukan para ulama yang lain.

p/s: kalau ada kekurangan, kepada yang lebih arif di dalam bidang ini boleh kasi tokok tambah