25/07/13

Tambang bas naik sebelum Raya

Dah dekat nak raya nie, selalu sangat harga dinaikkan. Lepas satu satu harga dinaikkan. Nilai RM50 kita sekarang ibarat RM10, selamber je kita keluarkan RM50. 


PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Katanya, kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

"Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barangan lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di sini semalam.

Menurut Noh, perunding yang dilantik oleh kementerian untuk mengkaji paras kenaikan tambang bas ekspres dan bas henti-henti telah menyiapkan kajian itu dan kadarnya baru itu akan diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Sekarang kita sedang berunding dengan persatuan supaya terima cadangan daripada juruperunding," katanya. - Bernama