12/07/13

Kontroversi Alvin dan Vivian Berbuka Puasa


Alvin dan Vivian - Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Ku teh ( sup tulang rusuk babi)...wangi dan menyelerakan. Malah ditambah pula dengan logo halal.

Apa sebenarnya mereka mahu? Alvin dan Vivian, dulu pernah kecoh dengan video dan gambar tidak senonoh mereka. Kini kembali menghangatkan suasana.

Alvin dan Vivian, apa yang anda mahu sebenarnya. Apakah hanya sekadar ingin mencari publisiti murahan atau satu provokasi kepada umat Islam di Malaysia Khasnya.

Gambar ini menunjukkan kurang keprihatinan mereka terhadap umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia diharap tidak melayan kerenah mereka berdua ini. Kitakan sedang berpuasa yang menuntut kita untuk bersabar. Anggap ini sebagai dugaan.

Jangan kita cepat melatah, nanti pahala ibadah puasa kita entah kema, kerna asyik memaki hamun mereka berdua ini. Perhinaan mereka ini memang tidak boleh diterima. DIharap ada pihak yang bertanggung jawab akan selesaikan masalah ini dengan sewajarnya.