21/06/13

Uncang Teh Berbentuk Pendrive Yang Kreatif


Ketika ini semakin banyak rekaan uncang teh yang kreatif dan tak kurang juga yang pelik-pelik dihasilkan oleh pelbagai designer. Yang mengehadkannya adalah daya kreativiti masing-masing untuk menghasilkan produk yang bakal menambat hati bakal pembeli.

Sebuah design firm dari Jepun, Kinto, baru-baru ini telah mereka satu uncang teh yang lain dari yang lain iaitu berbentuk USB stick ataupun lebih dikenali sebagai pendrive. Rekaan uncang teh yang kreatif ini mendapat inspirasi dari revolusi design yang semakin menekankan penggunaan smartphones dalam kehidupan seharian.

Rekaannya menampilkan penutup yang boleh dibuka untuk mengambil serbuk teh dan ditutup apabila ianya dimasukkan ke dalam air panas. Ianya didatangkan bersama satu stand untuk meletakkan uncang teh tersebut apabila tidak digunakan. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin membuat air teh sendiri di pejabat mahupun diuniversiti sebagai alternatif kepada tea bag. Tapi rekaannya yang diperbuat daripada plastik nampak macam tak bagus untuk dimasukkan ke dalam air panas.

Wah pasni senang la nk minum teh cina.. nk beli nk beli... http://www.betterlivingthroughdesign.com/accessories/loop-tea-strainer/