27/06/13

Sampah Di Dasar Laut Hasil kemajuan Manusia

Kajian menunjukkan bahawa lantai Lautan Pasifik adalah merupakan satu tempat pembuangan sampah bawah air yang tersembunyi dari pandangan mata manusia moden.

Para pengkaji dan saintis dari Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) telah merakamkan detik-detik bermakna di bawah lautan yang membuktikan lautan pada sedalam 13000 kaki menemui berbagai jenis sampah daripada manusia yang bersepah-sepah di setiap pelosok lautan.

Rakaman dilakukan di sekitar Kepulauan Hawaii dan sepanjang pantai di Teluk California hingga ke Pulau Vancouver.