14/06/13

Helikopter didakwa terkecil di dunia

Saiz NANO-FALCON berbanding tetikus komputer.

TOKYO - Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun membina helikopter yang didakwa terkecil di dunia. Dinamakan NANO-FALCON, pesawat mini tersebut dibina oleh firma CCP Co.

NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah.

Panjang helikopter itu hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram.

Barangan permainan tersebut dijual pada harga sekitar AS$46.

NANO-FALCON boleh diterbangkan untuk lima minit selepas dicaj selama setengah jam.

Helikopter tersebut yang diperkenalkan pada Pameran Alat Permainan Antarabangsa di sini semalam boleh juga dicaj menggunakan portal USB. - Agensi


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_05.htm

0 comments:

Catat Ulasan