15/05/13

Tips : Tahap Gred Mata Wang Kertas

Ini merupakan pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;


Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

1 comments: