9/05/13

Puisi : Bangun Bangkit Tersedar Terjaga



Suara sumbang laku dipasaran,
Kata-katanya jernih bak air di kali,
Di dasarnya keroh dek kelodak,
Mahu hanyut bersama mereka?

Rumpun tidak lagi padu,
Lompong berada disana sini,
Terlolong bersorak tidak mengerti,
Sukar fahami susur galur jalan ceritanya?

Asal benih dari buah sama,
Cambah tumbuh pohon berbeza,
Fizikalnya nampak sama padan,
Namum akarnya berpaksi berlainan,

Jika ke laut kita tenggelam,
Kalau ke hutan kita tersesat,
Hendak ke bintang hanya mimpi,
Berlari ke langit bukan kemampuan,

Bukan tidur tapi terlena,
Macam bangun tapi terduduk,
Hendak berlari nampak merangkak,
Bangun bangkit tersedar terjaga

0 comments:

Catat Ulasan