16/05/13

Populariti Vs Kualiti

Maksud popular adalah dimana sesuatu yang cukup dikenali ramai atau disukai ramai, sebut sahaja nama dia orang kenal dan tau akan rupa dan perwatakkan dia. Makna kualiti pula adalah mutu (bukan mutusamy), sesuatu yang bermutu dengan nilai yang tinggi serta bermanfaat kepada manusia disekilingnya.


Kenapa harus populariti dan kualiti ini harus berlawanan. Kita lihat dalam dunia hari ini, sesuatu yang popular itu tisak semestinya berkualiti, manakala sesuatu yang berkualiti tidak semestinya popular. Kenapa jadi begitu. Pada aku itu semua adalah daripada cara kita, manusia melihat atau menilai kepada sesuatu itu.

Namum tidak dinafikan ada sesuatu yang seiring antara kualiti dan popularitinya. Tetapi untuk jadi popular sebenarnya kita tidak perlukan kualiti, tetapi dengan pengaruh dan publisiti yang kuat kita akan jadi popular. Dan sesuatu yang berkualiti pula tidak menjamin ia akan jadi popular, walaupun adakalanya ia diiktiraf dengan penuh kredibilti.


Kualiti itu sebenarnya lebih bermakna kerana kadangkala ia terbit diatas dasar kejujuran dan niat untuk memberi manfaat kepada manusia sekitarnya. Walaupun ia tidak menjadi popular, atau dikenali ramai, ataupun disukai ramai. Namum ianya akan kekal lebih lama/evergreen kerana apabila manusia mulai tersedar dan menghargai kualitinya, ia akan sentiasa diingati. Berbanding populariti pula ianya hanya akan timbul dan berada dipuncak semasa zaman atau trend sedang menguasai, selepas habis musim itu. Ia akan hilang atau dilupakan perlahan-lahan.

0 comments:

Catat Ulasan