30/05/13

5 Wanita Yang Jadi Korban Cinta

"Atas Nama Cinta" mungkin ungkapan yang tepat buat mereka. Atas nama cinta mereka berjumpa, atas nama cinta pula mereka berpisah. Dunia memang sebegitu kejamnya. Ketika revolusi tampil sebagai pemenang, mereka menjadi korban dari revolusi itu sendiri. Revolusi menjadikan mereka terluka dan binasa. Mesammesem mania, berikut ini adalah 5 wanita bernasib tragis kerana pengkhianatan, revolusi dan cinta di bawah ini:

1. Cleopatra


Gelarannya adalah Cleopatra VII Philopator. Dia adalah ratu Mesir kuno, keturunan terakhir dinasti Ptolemy. Walaupun ramai ratu Mesir lain yang menggunakan nama ini, namum dialah yang dikenali dengan nama Cleopatra, dan semua pendahulunya yang bernama hampir sama dilupakan. Cleopatra membunuh diri sewaktu Augustus dari Romawi menaiki takhta dan menyerang Mesir.

Caranya, adalah dengan memasukkan tangannya sendiri kedalam keranjang penuh ular berbisa, setelah mendengar kematian pasangannya Mark Anthony meninggal. Dalam detik terakhir kematiannya, beliau menyatakan takdirnya sebagai dewi.


2. Marie Antoniette


Maria Antonia Josepha Johanna von Habsburg-Lothringen, lebih dikenali juga sebagai Marie Antoinette adalah Ratu dari Perancis dan Puteri Bangsawan dari Austria. Beliau adalah anak dari Maharaja Empayar Rom Suci, Francis I dan isterinya Ratu Maria Theresa dari Austria dan setelah itu dia berkahwin dengan Louis XVI pada umur 14 tahun.

Akibat kedudukannya sebagai isteri dari Louis XVI dan ibu dari Louis XVII maka dia menemui ajalnya di pisau guillotine pada masa Revolusi Perancis pada tahun 1793. Kepalanya dipertontonkan di hadapan para rakyat Perancis (Paris) yang bersorak hukumannya.


3. Tsarina Alexandra Feodorovna


Alexandra Feodorovna adalah isteri kepada Tsar Nikolas II, Maharaja terakhir Rusia. Beliau dilahirkan pada 6 Jun 1872 dengan nama "Puteri Alix Viktoria Helena Luise Beatrice dari Hesse dan Rhine" dan merupakan anak keenam dari tujuh orang bersaudara. Beliau berkahwin di usia yang cukup tua pada zamannya, selepas menolak pinangan dari Albert Victor, seorang bangsawan dari Clarence walaupun mendapat tekanan yang cukup keras dari keluarganya.

Hal tersebut beliau lakukan kerana beliau sudah jatuh cinta kepada Nikolas. Pada awalnya, hubungannya dengan Nikolas mendapat tentangan dari keluarganya, terutama kerana hubungan darah mereka yang cukup dekat, iaitu mempunyai moyang yang sama. Pada Perang Dunia I, keluarganya menjalani tahanan rumah untuk masa yang lama selepas ia dijatuhkan oleh kaum Bolshevik.

Setelah dipindahkan selama beberapa kali dan tidak mempunyai akses kepada dunia luar sama sekali, beliau, suami dan anaknya dibunuh oleh polis rahsia kaum Bolshevik pada 17 Julai 1918. Beliau dan keluarganya diangkat menjadi martir oleh Gereja Ortodox Rusia pada tahun 1981. Pada tanggal 17 Julai 1998, rangka beserta seluruh keluarganya dibawa ke Katedral Santo Petrus di St. Petersburg, 80 tahun selepas kematian mereka.


4. Eva Braun


Eva Anna Paula Braun (lahir di Munchen, 6 Februari 1912 meninggal di Berlin, 30 April 1945 pada umur 33 tahun) adalah perempuan simpanan dan selama satu hari dan satu malam, isteri Adolf Hitler. Eva Braun lahir di Munchen, Jerman dan berjumpa dengan Adolf Hitler pada tahun 1930 pada usia 17.

Ketika itu, beliau adalah pembantu seorang jurufoto Hitler. Pada 1936 beliau menjadi kekasih Hitler. Pada 29 April 1945, ketika Tentera Merah Soviet sudah berada di bandar Berlin, beliau berkahwin dengan Hitler. Sehari kemudian mereka bunuh diri di sebuah bunker di Berlin dan jasad mereka dibakar selepas itu.


5. Clara Petacci


Clara Petacci atau Claretta Petacci adalah seorang perempuan muda Rom yang lahir di Giulino di Mezzegra Como dari sebuah keluarga kelas atasan. Petacci adalah perempuan simpanan gelap Benito Mussolini. Ayahnya adalah doktor peribadi paus.


Beliau berusia 29 tahun lebih muda daripada Mussolini. Ketika beliau mula menjalin hubungannya dengan Mussolini, pada 1932, ia telah bersuamikan seorang kapten tentera udara, Riccardo Federici. Mereka berpisah pada 1936.


Ketika Mussolini ditangkap oleh kaum partisan pada April 1945, Petacci ditawarkan peluang untuk melarikan diri, namun ia menolak dan cuba untuk melindungi Mussolini dengan tubuhnya. Setelah Petacci ditembak, Mussolini pun kemudian ditembak.


Hari berikutnya, 29 April 1945, di Piazzale Loreto di Milan, jenazah Mussolini dan Petacci dan empat orang lain digantung terbalik di sebuah pam petrol Esso dan gambar sementara rakyat mencurahkan kemarahannya kepada mereka. Petacci dihormati di Itali, bukan kerana politik, tetapi hanya sebagai wanita yang jatuh cinta dan menolak untuk meninggalkannya dalam masa kesulitan.

Pasangan Lesbian Islam Pertama 'Berkahwin' Di Dunia

Dua orang gadis Pakistan telah menjadi pasangan lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' di dunia. Upacara itu dilangsungkan di UK. Rehana Kausar dan Sobia Kamar telah menerima ugutan maut semasa upacara itu semalam. Menurut mereka, sebelum mereka ke UK, di Pakistan mereka pun seringkali menerima ugutan maut dari rakyat negara itu kerana mereka tahu perbuatan mereka menyalahi agama Islam. Jadi selepas upacara semalam, mereka terus memohon untuk menjadi rakyat tetap di UK.



Perdana Menteri Termiskin di Dunia



Pada usia 77 tahun, Jose Mujica (José Alberto "Pepe" Mujica Cordano) dilahirkan pada 20 May 1935, yang merupakan Perdana Menteri Uruguay yang ke-40. Beliau menjadi perdana menteri sejak dari tahun 2010.

Beliau dilaporkan oleh BBC News sebagai perdana menteri yang termiskin di dunia. Dia mendermakan $ 12,500 daripada gajinya dan hanya baki $1250 digunakan untuknya. Beliau hanya hidup secara sederhana. Mungkin kita tidak menyangka bahawa dia ni seorang perdana menteri.

"I'm called 'the poorest president', but I don't feel poor. Poor people are those who only work to try to keep an expensive lifestyle, and always want more and more," he says.

President Mujica's house
Ini rumah Jose Mujica.

President Mujica's VW Beetle
Ini pula kereta milik Jose Mujica.










29/05/13

Asal Usul Nama Hari

Pak Cik Hashim - Pengumpul Kalendar Kuda sejak 1962.
Dalam bahasa Arab, nama-nama hari disebut mengikut urutan nombor : satu, dua, tiga, sampai tujuh, Ahad, itsnain, tsalatsah, arba’ah, khamsah, sittah, dan sab’ah. 

Bahasa Melayu ikut nama Arab iaitu, lalu jadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Juma’at, dan Sabtu. Tapi hari keenam disebut secara khusus: Jum’at, sebab penamaan yang diberikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an, yang menunjukkan adanya kewajiban sembahyang berjemaah hari Jumaat..

Ini pula kisah hari versi orang barat :-
  • Hari Matahari menjadi 'Sunnandaeg', atau Sunday (ahad). 
  • Hari Bulan dinamakan 'Monandaeg', atau Monday (isnin). 
  • Hari Mars menjadi hari Tiw, yaitu dewa perang menjadi 'Tiwesdaeg', atau Tuesday (Selasa). 
  • Nama Merkurius, nama Dewa Woden diberi jadi Wednesday (Rabu). 
  • Hari Romawi Yupiter, Dewa Thor menjadi Thursday (Khamis). 
  • Hari seterusnya dinamakan Frigg, istri Dewa Odin, menjadi Friday (Jumaat). 
  • Hari Saturnus menjadi 'Saeterbsdaeg', terjemahan dari bahasa Romawi, dan kemudian menjadi Saturday (Sabtu).


PELIK : Serangga Cahaya Menghiasi Gua


Gua Waitomo Glowworm terletak di Waitomo, pulau utara New Zealand. Tarikan utama gua ini adalah ada sejenis serangga glowworms yang tinggal di dalam gua ini. Glowworms atau Arachnocampa Luminosa adalah serangga yang kecil, ia adalah makhluk Bioluminescent yang menghasilkan cahaya biru-hijau.


Gua Waitomo Glowworm ini mula dijumpai pada tahun 1887 oleh ketua tempatan Maori, Tane Tinorau bersama jurukur Inggeris, Fred Mace. Orang tempatan Maori sudah tahu tentang kewujudan gua ini, tetapi gua di bawah tanah ini tidak pernah di terokai lebih mendalam sehinggalah hasil penerokaan Fred dan Tane.


Ketika mereka menjelajah di dalam gua itu menggunakan rakit, mereka telah melihat Grotto Glowworm yang berkelip-kelip cahay di siling gua. 


Pada 1889 gua ini dibuka kepada pelancong. Pada mulanya gua ini dibawah jagaan Tane dan isterinya dengan mengenakan bayaran yang kecil untuk masuk ke dalam gua. Namum pada tahun 1906 pentadbiran gua telah di ambil alih oleh kerajaan.



Tempat-tempat lain di mana haiwan Bioluminescent boleh didapati adalah Toyama Bay di Jepun dan Gippsland Lakes di Australia.

Ubahsuai Pada Barcodes Yang UNIK

Biasanya kita melihat barcodes jenis standard yang terdapat pada produk-produk namun tahukah anda sebenarnya barcodes ini boleh diubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing? Itulah yang dihasilkan oleh Steve Simpson, seorang illustrator dari Dublin, Ireland dengan menghasilkan barcodes yang dihias dengan illustrasi yang unik dan kreatif.

Menurut Steve, barcodes ini boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing namun haruslah mengikut beberapa panduan seperti, warna boleh diubah namun haruslah contrast untuk memudahkan pembacaan, nombor yang terdapat padanya hanyalah untuk rujukan manusia jadi font padanya juga boleh diubah, dan pelbagai lagi. Pengubahsuai pada barcodes ini boleh dikatakan idea yang sangat menarik juga untuk memberikan nilai aestetik padabungkusan produk.
















Senarai Sosej Yang Haram Dimakan


Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Pastinya korang ada terbaca dekat internet atau info yang dikongsi oleh rakan-rakan anda di facebook pasal isu sosej haram dimakan ini.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus
babi adalah

· Gourmessa
· Muller's Haus
· Dew Fresh
· Puteri
· Miami Butcher House
· Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan
adalah;

· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
· Puteri Pan Pacific (Puteri)
· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
· Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki
menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

· Palace of Golden Horses
· Coffee Bean Tea Leaf
· Hotel Equatorial
· Ikea Cafe
· Muller Sausage.


Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?

Dari atas sekali, ialah Gourmessa yang dibuat oleh Deluxe Food Services Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai sijil halal daripada JAKIM yang membawa maksud ia adalah halal. Sijil halal adalah di bawah nama DE-LUXE FOOD SERVICES SDN. BHD.
 


Kedua ialah jenama Muller's Haus dan Dew Fresh daripada German Delicatessen - Subang. Syarikat ini juga mempunyai sijil halal daripada JAKIM atas nama GERMAN DELICATESSEN SDN BHD. Setelah meneliti senarai produk yang mendapat sijil halal dan juga senarai produk di website syarikat tersebut, jenama Muller's Haus dan Dew Fresh tidak dijumpai.


Kemudian ialah jenama Puteri daripada Puteri Pan Pacific. Tiada rekod tentang sosej jenama Puteri di internet. Tiada maklumat juga yang dapat dicari tentang Syarikat Puteri Pan Pacific. Direktori halal JAKIM juga tidak mempunyai sebarang rekod jenama Puteri atau syarikat Puteri Pan Pacific.

MiamiButcher House - Batu Feringgi mempunyai sijil halal. Nama syarikat yang digunakan ialah Miami Food Products Sdn Bhd.

 


Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang mempunyai sijil halal dengan nama syarikat OMCORP SDN BHD. Omcorp Sdn Bhd memasarkan produk dengan jenama Omardeli. Jenama Dew Fresh tidah ada dalam senarai produk halal JAKIM di bawah syarikat Omcorp Sdn Bhd. Terdapat artikel menarik mengenai syarikat ini yang diasaskan oleh Abang Omar Abang Ali di sini.



Akhir sekali ialah syarikat Pacific Refgerating Sdn Bhd yag mengeluarkan sosej jenama Maspac. PACIFIC REFRIGERATING SDN BHD mempunyai sijil halal daripada JAKIM dengan sosej yang berjenama Maspac.


MULLER'S SAUSAGE HAUS SDN BHD mempunyai sijil halal JAKIM. Terdapat jenama Muller's Haus dalam email tetapi syarikat yang ditulis dalam email adalah tidak tepat.



Setakat ini semua syarikat dan jenama yang ditulis dalam email adalah halal kecuali sosej jenama Dew Fresh kerana tiada rekod dan jenama Puteri oleh Puteri Pand Pacific yang juga tidak mempunyai sebarang rekod di internet atau direktori JAKIM.

Bagi hotel dan restoran yang menyajikan sosej yang tidak halal, saya tidak dapat pastikan kerana tidak disebut hotel/restoran mana menggunakan sosej dari mana. Muller's sosej mempunyai sijil halal seperti di atas dan Coffe Bean juga mempunyai sijil halal.

Cara Ekstrem Spaghetti Dari Indonesia Dihasilkan


Kali ini aku nak kongsi cara-cara mee dihasilkan di Indonesia. Manalah tau kan korang nak try buat sendiri mee dekat rumah. Jom layan.

Mula-mula korang kena dapatkan seekor lembu untuk mengisar tepung.


Dengan menggunakan penyododk, tepung tadi di adun hingga sebati.

Selepas itu mee tadi akan di masukkan dalam oven. ( oven ke tu???)

Sambil menunggu mee masak, korang boleh la bermain-main dengan lembu tue.

Nampaknya mee tadi dah semakin masak.

Pak cik ni tumbuk apa benda pulak nie.

Mee sedang dihasilkan.

Tepung yang di adun sedang di masukkan kedalam bakul.

Tak berat ke pak cik.