2/05/13

6 Trend Kecantikan Pelik Di Jepun

Di negara Jepun kita sudah sedia tahu sering ada trend aneh dan pelik lagi hairan yang sememangnya berbeza dengan tempat lain di dunia ini. Masyarakat Jepun juga tidak mahu kalah kepada negara lain dari segi kecantikkan, terutama kaum wanita di sana. Makna cantik bagi mereka cukup subjektif, kerana ada yang pelik lagi aneh malah menyeramkan pun ada.

1. Kepala Bagel




Inilah trend kecantikan terbaru di Jepun, iaitu membuat bahagian dahi diisi cecair sehingga berbentuk seakan dengan roti bagel atau donat. Tidak hanya wanita, ada lelaki juga membuat bentuk bagel head (kepala bagel) kerana dianggap cool.


Cara membuat dahi menonjol bulat itu adalah dengan infus yang diisi garam dan air. Infus dilakukan beberapa jam, dahi akan menampung cecair tersebut sehingga membentuk bulatan berisi cecair. Agar nampak seakan roti bagel, bahagian tengah tonjolan ditekan. Jadilah bagel head.

Cecair yang dimasukkan ke tubuh tiada efek kerana dapar diserap oleh tubuh. Namum ia tidak tahan lama kerana jika hari ini dibuat bagel head, esoknya dahi sudah kempes kerana cecair sudah diserpa oleh tubuh.


2. Gigi Taring Yaeba




Wanita Jepun juga lebih suka gigi taring yang panjang, mereka memanggil trend ini sebagai Yaeba. Bagi mereka gigi taring nampak macam kanak-kanak, dan kelihatan cute dan awet muda. nak jadi Raja Bersiong ke apa ni, dah macam Dracula aku tengok.




3. Masker Muka Dari Najis Burung



Pernah terfikir memakai masker dari najis burung? Masker ini benar-benar ada di Jepun, diberi nama Geisha Facial, iaitu masker wajah yang terbuat dari najis burung.


Masker yang aneh ini dipercaya boleh menyegarkan kulit, menghaluskan dan mencegah penuaan. Pemakaiannya sekitar 50 minit di wajah. Harganya juga agak mahal, $ 180. Apakah masker ini berbau? Tentu saja tidak kerana sudah diadun dengan bahan-bahan lainnya. Nak try tak?


4. Mandi Darah




Bunyinya agak menjijikkan. Namum inilah kepercayaan Masyarakat Jepun yang melihat pada jenis darah untuk kelansungan hidup mereka.

Maka muncullah trend kecantikkan untuk mandi dengan bahan-bahan khusus yang disesuaikan dengan jenis darah. Produk ini dinamakan Bloodtye Bath, iaitu dimana setiap pack berisi bahan khusus yang berbeza untuk setiap kumpulan darah. Contohnya kumpulan darah O, maka isi Bloodtye Bath adalah mineral, garam laut, ekstrak mawar liar dan sebagainya.


5. Membesarkan Payudara Dengan Kuih




Wanita Jepun juga sama seperti wanita lain di dunia, mereka akan bangga jika memiliki ukuran payudara yang besar. Maka tidak peliklah jika muncul pelbagai produk untuk membesarkan payudara, dari krim sapuan, teh, malah kuih pun dijadikan ubat untuk membesarkan payudara.

Nama produk ini adalah F Cup Cookie. Produk ini menjanjikan siapa yang memakannya akan mendapat ukuran payudara yang besar. Kuih ini hanya boleh dimakan 2 biji sehari. Kalau lebih maybe jadi Pamela Aderson kot...hahaha.


6. Ukuran Wajah Yang Mungil




Wanita Jepun akan merasa cantik jika ukuran wajah mereka mungil, dengan pipi yang tipis dan rahang yang berbentuk segitiga. Trend wajah mungil ini terus menjadi kegilaan hingga sekarang. maka muncullah pelbagai alat untuk itu.

0 comments:

Catat Ulasan