17/05/13

5 Tempat Yang Penuh Mitos Di Dunia

Mitos adalah satu kepercayaan masyarakat yang selalunya dibawa dari turun temurun. Walaupun kadakala mitos itu tidak dapat dibuktikan secara saintifik atau dengan fakta yang kukuh. Namum ada sahaja manusia yang percayai atau berpegaang kepada apa yang mereka percaya, walaupun ada yang menganggapnya hanay sekadar mitos.

1. Fountain De Trevi – Roma


Trevi Fountain (Fontana di Trevi) dibina setinggi 25.9 meter dan selebar 19.8 meter. Ia memiliki salah satu ukiran pahat yang terindah di Itali. Antara ukirannya adalah ukiran Neptune atau Oceanus di etnagah dan ada dua triton, satu sedang berusaha menjinakkan kuda yang melambangkan laut kejam dan ada yang sedang meniup kerang yang melambangkan laut tenang.

Trevi menjadi terkenal kerana satu babak adegan di dalam filem "La Dolce Vita" karya Fellini, ketika Anita Ekberg sedang mandi ketika larut malamdi air pancur itu. Ada juga lagenda yang menyatakan, apabila anda melemparkan duit syiling ke Trevi Fountain, anda akan kembali ke Rome.


2. Mangga Cinta – Korea Selatan


Ramai pasangan yang percaya, apabila nama kekasih dituliskan pada sebuha mangga dan kuncinya dimanggakan pada sesuatu pagar, maka pasangan itu akan hidup bersama sehingga ajal tiba. Ribuan mangga cinta memenuhi pagar di sekeliling N Seoul Tower di Gunung Namsan. Ianay dilakukan pertama kali pada tahun 1990-an, dan kini telah mencapai puluhan ribu mangga yang dikunci disitu.


3. Morning Glory Pool – Amerika


Morning Glory Pool, di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Kolam 'seribu wajah' kerana didasarnya ada pelbagai warna yang berwarna-warni, ada warna biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga.

Fenomena ajaib ini membuatkan Morning Glory Pool sangat terkenal di dunia sebagai tujuan perlancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta lebih pengunjung datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini. Kononnya kolam ini sudah wujud semenjak tahun 1880 lagi dan nama itu juga telah digunapakai sejak dari tahun itu.


4. Sungai Gangga – India


Masyarakat Indai sangat kuat berpeganag bahawa Sungai Gangga ada keramat. Mereka percaya Sungai Gangga adalah air sungai yang suci.

Gangga adalah nama sorang Dewi dalam agama Hindu yang dipuja sebagai Dewi kesuburan dan pembersih segala dosa dengan air suci yang dicurahkan. Dewi Gangga sering dilakarkan sebagai wanita cantik yang mencurahkan air di dalam guci. Umat Hindu percaya bahawa jika mandi di Sungai Gangga ketika waktu yang tepat akan mendapat pengampunan dosa dan memudahkan seseorang untuk mendapat keselamatan.

5. Tembok Juliet – Itali


Rumah Juliet adalah bangunan yang dibina pada tahun 1200-an, ia merupakan peninggalan yang bernilai dari arkiteture gothic. Apabila masuk ke dalam rumah, kita boleh terus naik ke balkoni yang terkenal. Sebenarnya balkoni ini baru sahaja dibina pada tahun 1937, untuk memperingati pengubahsuaian rumah ini.

Di Bahagian bawah balkoni itu ada "halaman romantis" yang biasanya dikerumuni oleh para pelancong yang datang ke rumah Juliet ini. Mereka selalunya akan menuliskan sesuatu di pintu masuk tembok ini, ada juga yang mengambil foto balkoni dan ber'posing' maut memegang dada patung gangsa Juliet. Ia adalah tradisi atau kepercayaan lama untuk mendapat nasib yang baik dana soal cinta. Malah ada jutaan nota dan nama yang ditampal pada tembok rumah ini.

0 comments:

Catat Ulasan