18/05/13

10 Negara Membayar Gaji Terbesar di Dunia


Gaji rata-rata di sebuah negara boleh menjadi ukuran kesejahteraan rakyatnya. Biasanya, semakin tinggi gaji maka selari dengan tahap kesejahteraannya.

Semakin tinggi gaji maka semakin banyak wang yang boleh disimpan, tentunya setelah dipotong hutang ah long, kos hidup dan lain-lain. Di Malaysia, kebiasaannya gaji akan dibayar mengikut kelayakan dan kemahiran atau pengalaman yang kita ada.

Baru-baru ini kadar gaji minimum di Malaysia telah naikkan oleh kerajaan. Namum marilah kita melihat contoh di negara-negara ini, yang membayar gaji cukup tinggi kepada rakyatnya. Negara-negara ini tersenarai di dalam 10 Negara Pembayar Gaji Terbesar di Dunia.
Mari semak senarai yang lengkapnya, seperti cedok dariThe Richest:-


10. Belanda ($ 29,269 setahun)


Rata-rata gaji di Belanda dibayar mencapai $ 29,269 setahun. Sebenarnya, gaji kasarnya mencapai $ 47,056, tapi itu sebelum dipotong cukai dan lain-lain sekitar 37.8%. Ekonomi di negara ini digerakkan oleh industri makanan, elektrik, pelancongan, mekanik, dan kimia. Belanda menpunyai pelabuhan terbesar di Eropah, iaitu di Rotterdam yang lokasinya sangat dekat dengan pelabuhan-pelabuhan Inggeris dan Jerman.

9. Korea Selatan ($ 31,051 setahun)


Rata-rata gaji di Korea Selatan mencapai $ 31,051 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 35,406 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 12.3%.

Negeri K-Pop ini menjadi negara pemberi gaji paling tinggi di Asia. Ekonomi Korea Selatan sudah tumbuh pesat sejak 1960-an.

Korea Selatan juga menjadi pengeksport terbesar keenam dan pengimport terbesar kesepuluh di dunia Tenaga nuklearnya termasuk yang terbesar kelima dan menghasilkan 45% daripada jumlah elektrik di negaranya.


8. Norway ($ 31,101 setahun)


Rata-rata gaji di Norway mencapai $ 31,101 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 43,990 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 29.3%.

Norway merupakan negara yang disokong oleh sistem kapitalis. Negara ini mempunyai banyak sumber tenaga alam, seperti minyak, hidroelektrik, ikan, hutan dan mineral. Sistem kesihatan di negara ini benar-benar berkesan dan percuma.

Kerajaan menguasai majoriti dari seluruh industri sumber alam tersebut. Hal ini membuat angka pengangguran di Norway selalu rendah, diiringi dengan tahap produktiviti yang tinggi.


7. Kanada ($ 32,662 setahun)


Rata-rata gaji di Kanada mencapai $ 32,662 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 42,253 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 22.7%.

Kanada merupakan salah satu dari sedikit negara yang mampu mengeksport tenaga kerana punya rizab minyak dan gas yang sangat tinggi.

Selain itu, negara ini juga punya banyak produk agrikultur dan rizab simpanan mineral lain, seperti zink, uranium, emas, nikel, dan aluminium.


6. England ($ 33,513 setahun)


Rata-rata gaji di England mencapai $ 33,513 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 44,743 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 25.1%.

Industri perkhidmatan menyumbang hampir 75% kepada pertumbuhan ekonomi England. Industri pelancongan punya peranan penting, apalagi England termasuk sebagai negara destinasi destinasi keenam di dunia.

London dinobatkan menjadi bandar yang paling banyak dikunjungi tiap tahun. London juga punya pusat pasaran kewangan terbesar selepas New York.


5. Australia ($ 34,952 setahun)



Rata-rata gaji di Australia mencapai $ 34,952 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 44,983 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 22.3%.

Dalam tempoh sepuluh tahun terakhir ini, Australia sudah mengeksport banyak hasil industri untuk keperluan seharian. Hasilnya, neraca perdagangan negara kanggaru ini sudah mulai seimbang.


4. Switzerland ($ 35,471 setahun)


Rata-rata gaji di Switzerland mencapai $ 35,471 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 50,242 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 29.4%.

Sektor perkilangan di negara ini sangat menonjol, mulai dari alat kesihatan dan farmasi, bahan kimia khusus hingga ke alat-alat muzik dan kesenian. Penggerak ekonomi di Switzerland antara lain di sektor perbankan, insurans, pelancongan, dan organisasi antarabangsa.


3. Luxembourg ($ 37,997 setahun)


Rata-rata gaji di Luxembourg mencapai $ 37,997 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 52,847 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 28.1%.

Sektor perbankan dan kewangan menguasai ekonomi negara ini, selaras dengan dinobatkannya Luxembourg sebagai pusat syarikat pelaburan kedua terbesar di dunia. Gergasi internet seperti Skype dan Amazon mempunyai pejabat cawangan di sini.


2. Ireland ($ 41,170 setahun)


Rata-rata gaji di Ireland mencapai $ 41,170 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 50,764 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 18.9%.

Ekonomi Ireland disokong oleh jasa dan industri teknologi. Buruh di negara ini punya tahap inteligen yang sangat tinggi dibantu dengan cukai syarikat yang rendah.


1. Amerika Syarikat U.S.A ($ 42,050 setahun)


Rata-rata gaji di AS mencapai $ 42,050 setahun. Gaji kasar per tahun sebesar $ 54,450 per tahun, sebelum dipotong cukai dan lain-lain 22.8%. 

Ekonomi di AS digerakkan oleh pasaran kewangan. Negara Uncle Sam ini punya sumber alam yang cukup banyak dan ditunjang oleh infrastruktur serta produktiviti yang tinggi. AS adalah negara pengimport dan pengeksport terbesar di dunia.

0 comments:

Catat Ulasan