12/04/13

Sejarah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo

Skim Cepat Kaya Pak Man Telo

Ini adalah skim cepat kaya paling otai dekat Malaysia. Kisah ini berlaku didalam era lewat 80-an dan di awal 90-an. Diterajui Pak Man Telo atau nama sebenarnya Osman Hamzah Bermula di Taiping, Perak tetapi merebak ke negeri lain. Jumlah keahlian pelabur dianggarkan lebih 50,000 orang. Nilai pelaburan ahli mencecah RM99 juta. Polis pernah membekukan harta Pak Man Telo sebanyak RM70juta. Pak Tam Telo didenda RM250,000 ketika kali pertama dihadap ke mahkamah.

Dia dikenakan perintah buang daerah ke Hulu Terengganu akibat kegiatan itu. Pak Man Telo dihukum penjara setahun dan didenda RM500,000 pda kali kedua dihadapkan ke mahkamah. Dia gagal membayar denda dan terpaksa menjalani hukuman penjara dua tahun.

Pada Mac 1990, Pak Man Telo mengaku bersalah atas kesalahan itu dan Mahkamah Tengah Taiping menjatuhkan hukuman denda RM250,000 atau satu tahun penjara kepadanya. Beliau membayar denda itu secara tunai.

Tiga bulan kemudian, sekali lagi syarikatnya diserbu Bank Negara atas kesalahan sama.

Bermula dari kejadian itu jugalah, kalangan pelabur Skim Pak Man Telo mula resah apabila mendapati kadar bayaran dividen skim berkenaan terpaksa diturunkan daripada 12 peratus kepada hanya lima peratus.

Lebih membimbangkan mereka apabila kedengaran ada pelabur yang tidak lagi memperoleh bayaran dividen.


Pak Man Telo tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya pada September 1990. Katanya, tindakan mengurangkan kadar dividen itu terpaksa dilakukan berikutan masalah æ…¿risis Teluk

Akhirnya pada 11 April 1991, polis menyerbu pejabat Pak Man Telo di Taiping dan dia dibawa ke Ipoh, untuk membantu siasatan berhubung skim itu.

Pada masa sama, kemarahan pelabur memuncak dan ramai yang mencari Pak Man Telo di pejabat dan rumahnya untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Pak Man Telo kemudian dikenakan tindakan buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu mengikut Ordinan Darurat.

Dia tidak lama di Terengganu apabila pada 17 Julai 1991, pegawai Bank Negara menahannya. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping untuk kali kedua pada 17 Julai atas dakwaan menerima deposit tanpa lesen daripada Kementerian Kewangan antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990.

Pada pagi hari pertama perbicaraan iaitu 2 Mac 1992, Pak Man Telo yang sebelum itu mengaku tidak bersalah, menukar pengakuannya kepada bersalah.

Dalam rayuannya, peguam bela tertuduh berkata, Pak Man Telo yang sudah berusia 65 tahun ketika itu menyesali perbuatannya, malah dia dan keluarga merana kerana dipulaukan masyarakat.

Akhirnya, dalam keadaan mahkamah yang penuh sesak, hakim menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan penjara setahun lagi jika beliau gagal membayar denda.

Pak Man Telo gagal membayar denda dan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh dia ditahan iaitu 17 Julai 1991.

Pengasas skim cepat kaya dibuang daerah di Kuala Berang


KEMARAHAN orang ramai terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak menculik anak lelakinya pada 1991.

Mereka mengurung anak lelaki terbabit di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mulai jam 8.10 malam 28 Februari hingga jam 11.30 pagi, 5 Mac 1991 bertujuan memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang RM426,767 yang mereka labur dalam skim itu.

Enam lelaki terbabit berjaya ditahan dan dihadapkan di mahkamah tetapi hanya empat daripada mereka yang disabitkan kesalahan. Keempat-empat lelaki itu hanya dikenakan hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.

Hukuman ringan itu diberi kerana hakim bersimpati terhadap keempat-empat tertuduh yang kehilangan wang disebabkan Pak Man Telo.

Kemarahan mangsa Pak Man Telo terus membara dan ramai yang mengambil tindakan saman terhadapnya. Seramai 175 pelabur pada Mac 1991, memulakan tindakan saman terhadap lelaki itu bersama enam pihak lain iaitu isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta menantu lelakinya bagi menghalang mereka mengeluar atau memindahkan wang RM1.4 juta yang didakwa milik pelabur berkenaan.

Ia diikuti 284 pelabur pada April 1991 menyaman Osman dan enam pihak lain bagi mendapatkan semula RM3.5 juta wang milik mereka. Sekumpulan pelabur lain seramai 180 orang pula mendakwa kerugian RM2.2 juta, juga mengambil tindakan sama.

Pak Man Telo mengakhiri tempoh hukuman penjara dua tahun pada 17 November 1992. Kira-kira jam 10.10 pagi selepas bersalam dengan pegawai Penjara Taiping, dia dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda polis untuk perjalanan ke Kuala Berang, Terengganu kerana dikenakan perintah buang daerah.

Selepas itu, kisah Pak Man Telo mula tenggelam dan orang ramai semakin melupakannya. Pak Man Telo pula menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelaki di Terengganu.

Dia menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen. Pada usia 70 tahun, Pak Man Telo meninggal dunia akibat sakit tua pada 22 Disember 1997 sekali gus berakhirlah riwayat seorang lelaki yang menjadi antara pelopor skim cepat kaya di negara ini.

Kumpulan Pelawak Pak Man Telo

Kumpulan Pelawak PaK Man Telo pulak adalah gabungan 2 orang pelawak yang muncul dari program RTM. Tak ada kena mengena dengan Skim diatas.

0 comments:

Catat Ulasan