6/04/13

Pengantin Baru Dilarang Ke Tandas selama 3 hari


PERNIKAHAN adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Pasangan pengantin pasti gusar dan sibuk melakukan persiapan agar majlis nanti akan berjalan lancar. Namum semoden mana hidup kita hari ini, pasti adat resam orang dulu-dulu tidak dapat kita tinggalkan.

Setiap tempat atau negara sudah pasti ada adat resam yang berbeza. Kadang-kadang ada adat yang tak masuk akal. Bak kata perpatah " biar mati anak, jangan mati adat".


Membuat Kekacauan di Rumah Pengantin Baru

Charivari mungkin antara tradisi yang agak pelik dan menharu birukan pasangan baru. Ini adalah tradisi masyarakat di Perancis, dimana penduduk di sekitar menbuat kekacauan di depan rumah pengantin baru. Pelbagai cara dilakukan, seperti meukul kuali dan baldi. Tradisi ini sudah ada semenjak Abad Pertengahan lagi.


Mempelai wanita memakai cincin nikah di jari kaki

Kebiasaannya cincin pernikahan dipakai pada jari manis di tangan, namum pengantin Hindu pula menggunakan Bichiya, iaitu tradisi memakai cincin pernikahan di jari kaki. Cincin nikah ini biasanya di perbuat dari perak dan disematkan pada jari di kaki kiri wanita, khususnya pada jari telunjuk kaki. Pengantin lelaki akan menyarungkan cincin di kaki pengantin wanita ketika upacara pernikahan berlansung, dan cincin ini hanya dipakai oleh wanita yang telah bernikah sahaja.



Pengantin Baru Tidak Dibenarkan Ke Tandas Selama 3 Hari

Tambah pelik lagi adalah tradisi bagi masyarakat Tidong di Sandakan, Sabah, Malaysia, tidak menbenarkan pengantin baru pergi ke tandas/bilik air selama 3 hari 3 malam. Jika mereka melanggar adat ini, mereka akan memiliki nasib buruk seperti perceraian, kematian anak dan juga kemandulan. Ia adalah tugas saudara-mara mereka untuk memastikan bahawa pasangan itu tidak meninggalkan rumah. Mereka masih perlu makan, walaupun, jadi mereka diberi makan hanya sejumlah kecil makanan dan air.

0 comments:

Catat Ulasan