13/04/13

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Warna Hijau?

Ada pendapat menyatakan sebab warna hijau yang dipilih adalah kerana warna hijua lebih nyaman dipandang oleh mata. Lagipun warna hijau lebih sesuai bagi doktor melihat dengan lebih baik di bilik pembedahan, kerana warna hijau adalah lawan bagi warna merah dalam roda warna.

Menurut ahli psikologi, dengan melihat warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah sewaktu pembedahan. Melihat warna merah secara terus menerus akan menyebabkan singnal warna merah di otak akan memudarkan sensitivitinya terhadap variasi warna merah.

Namum ad ajuga pendapat yang menyatakan, jika secara terus menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan ilusi nofa berwarna hijau pada latar warna yang berwarna terang atau putih. ia akan menggangu penglihatan doktor. Maka dengan baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan pudar dan tidak akan menggangu penglihatan doktor.

0 comments:

Catat Ulasan