13/03/13

Telaga Unik Di Portugal

Mendengar perkataan Telaga menjadi sesuatu yang pelik di zaman ini. Mungkin ada generasi kini yang tidak pernah melihat rupa telaga. Mungkin sudah ditelan zaman kegunaan telaga kina pupus di zaman ini. Apabila kita memerlukan air hanya perlu menbuka kepala pili paip sahaja, tanpa perlu bersusah payah untuk mencedok air dari dalam telaga macam orang dulu-dulu.


Telaga atau perigi sememangnya sebuah tempat penyimpanan air yang dibina untuk penduduk setempat suatu ketika dahulu. Pernahkah kita melihat telaga yang dibina dengan bentuk ukiran yang tersendiri?

Terdapat sebuah telaga di mana ia terletak di estet Permulaan Quinta da Regaleira di Sintra Portugal. Ini adalah satu keajaiban yang dicipta oleh tangan manusia, mengandungi tangga pilin menurun yang membawa kepada pelbagai cawangan. Telaga dinamakan sedemikian kerana menurut khabar angin, ia diadakan upacara pemulaan Mason.