16/03/13

PUNCA REZEKI SUSAH NAK MASUK


1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
- Bila kita sudah memberi janganlah pula kita nak mengungkit, orang kata 'berkira', mentang-mentanglah kita yang bagi duit tu. Biasanya orang yang sudah memberi lepas tu dia mengungkit pula ni mengharapkan sesuatu daripada pemberiannya, harap orang akan balas balik. Boleh dikatakan tak ada keikhlasan semasa dia memberi.

2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
- Orang semacam ini pula selalu sangat merasakan duit mereka tidak cukup. Padahal setiap bulan duit gaji selalu masuk. Boleh jadi orang jenis ini termasuk dalam golongan bakhil, kedekut.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
- Ini seorang lagi tergolong didalam orang yang bakhil. Mereka semacam fobia untuk bersedekah, walhal walaupon sekadar seringgit. Gaji dah beribu bro, takkan seringgit untuk kebajikan tak mampu kot.

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
- Apabila orang minta tolong ada sahaja alasan dia. Itu ini macam-macam hal.

5. Riak bila bersedekah
- Ini orang kata nak menunjuk-nunjuk la, pasal dia ni baik hati, murah hati, dermawan dan banyak duit.

6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
- Mereka terlalu asyik dengan perbuatan dosa mereka, sedangkan mereka lupa akan rahmat tuhan yang menghidupkan mereka sehingga kenal dunia ini.

7. Tidak/kurang beristighfar
- Kita perlukan duit atau tenaga untuk beristighfar, memohon ampun kepada ALLAH. Ini pun menjadi perkara yang berat kepada manusia yang lalai.

8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
- Dapat banyak pun mengeluh, dapat sikit lagi lah. Orang seperti ini seakan lupa dari mana datangnya rezeki. Mereka tidak percaya kepada yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.