13/03/13

Jam Paling Mahal Di Dunia

Bak kata orang "masa itu emas", bila sebut pasal masa pasti akan teringatkan jam. Kerna jam akan menunjukkan masa. Bagi orang yang mementingkan masa pasti ada jam di tangannya. Kerna tidak mahu ketinggalan masa. Namum bukan masa sahaja yang berharga tetapi jam juga berharga tinggi. Jom kita lihat jam yang agak mahal harganya.



Alahai terkejut mendengar jam bernilai RM15 Juta,macam mana ek boleh sampai harga macam tu. Tak terlintas di benak fikiran langsung nilai RM15 juta boleh terletak pada jam,apa yang kita tahu harga sebegitu mungkin nilai sebuah rumah, bangunan, mahupun harta yang bentuk fizikalnya lebih besar.

Namun itulah realiti sebenar dunia hari ini apabila syarikat jam terbesar di rantau ini, Swiss, melancarkan sebuah jam tangan paling mahal di dunia pada awal tahun 2012 baru-baru ini.



Jam tangan baru Hublot dinobatkan sebagai jam paling mahal kerana jam tersebut diperbuat daripada 140 karat mas putih serta bertatahkan dengan lebih 1292 berlian yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM15 juta.Fuyoo,patut pun mahal.

Jam ini dilengkapi dengan batu berlian disetiap permukaan jam yang memberi penampilan yang lebih mirip barang kemas halus berbanding aksesori praktikal lain.

Menurut Syarikat Swiss, jam tersebut secara keseluruhan diperbuat dengan tangan dan menggunakan tenaga kerja seramai 7 orang serta mengambil masa selama 14 bulan untuk menyiapkan satu-satu jam tersebut.



Menurut Pengurus Syarikat,Jean-Claude Biver,walaupun jam itu amat mahal namun terdapat beberapa individu telah menyatakan minat terhadap jam tersebut dan telah pun membuat tempahan secara peribadi.

Katanya,walaupun syarikat-syarikat jam yang lain mengalami kemelesetan namun Swiss mengambil risiko untuk menghasilkan jam yang mahal dan cuba untuk menembusi pasaran dunia.Pada tahun 2011,Swiss Berjaya mencatat jualan sebanyak 30 peratus dan yakin akan meningkat pada tahun ini.