14/01/13

Serangan pengganas yang terkenal di seluruh dunia

1. 20 Aug 1978: Kebakaran teater di Abadan, Iran
-Bilangan kematian : 477 orang


Di percayai serangan pengganas kerana penonton tidak dapat keluar dari teater semasa kebakaran disebabkan semua pintu keluar telah dikunci dari luar


2. 20 Nov-5 Dec 1979: Rampasan dan tebusan jemaah haji di Mekkah, Saudi Arabia
-Bilangan kematian : 240 orang (termasuk 87 pengganas)


Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan


3. 11 Sep 2001: Rampasan pesawat yang melanggar World Trade Center, New York City, New York, Pentagon di Alexandria, Virginia, di Pennsylvania, USA
-Bilangan kematian : 2,993 orang


Para pengganas mengambil alih empat pesawat komersial, iaitu American Airlanes penerbangan 11 (yang melanggar menara World Trade Center yang utara), United Airlanes penerbangan 175 (yang melanggar menara World Trade Center selatan), American Airlanes penerbangan 77 (yang melanggar Pentagon, dan United Airlanes penerbangan 93 (yang jatuh ke tanah)


5. 12 Oct 2002: Bom kereta di luar kelab malam Kuta Bali, Indonesia

-Bilangan kematian : 202 orang


Patek yang dikenali sebagai lelaki peledak kerana kepakarannya menggunakan bahan letupan berkata, dia dan beberapa konco lain mengisi bom seberat 700 kilogram itu ke dalam empat kabinet dan meletakkannya di dalam sebuah van Mitsubishi L300 bersama sebuah bom rompi TNT.
Van berkenaan diletupkan di luar dua kelab malam popular di Pantai Kuta, Bali pada 12 Oktober, 2002.
Kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan tersebut adalah pelancong asing


6. 1-3 Sep 2004: Tebusan di sekolah Beslan, Russia
-Bilangan kematian : 385 orang (termasuk 30 pengganas)


Krisis tebusan Sekolah Beslan (juga dirujuk sebagai pengepungan sekolah Beslan atau pembunuhan beramai-ramai beslan) pada awal September 2004 berlangsung selama tiga hari dan melibatkan penangkapan lebih 1,100 orang sebagai tebusan (termasuk kanak-kanak 777), berakhir dengan kematian lebih 380 orang


7. 26-29 Nov 2008: Serangan bersenjata, bom dan tebusan di Mumbai, India
-Bilangan kematian : 188 orang



Serangan Mumbai November 2008 ialah satu siri serangan pengganas teratur yang berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan bandar raya terbesar di India. Serangan bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada 29 November 2008 apabila pasukan keselamatan India melancarkan Operasi Black Tornado untuk mengawal semula semua tempat kejadian. Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera dalam kejadian.

Lapan serangan berlaku di kawasan Mumbai Selatan, iaitu Stesen Keretapi Chhatrapati Shivaji Terminus, Hotel Oberoi Trident, Hotel Taj Mahal Palace & Tower,Leopold Cafe, Hospital Cama, Rumah Nariman milik Yahudi Ortodoks, Metro Cinema, dan sebatang lorong di belakang bangunan Times of India di belakang Kolej St. Xavier. Letupan juga terjadi di limbungan Mazagaon di kawasan pelabuhan Mumbai. Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di Vile Parle berhampiran lapangan terbang, tetapi sebarang kena-mengena dengan sembilan serangan lain adalah tidak jelas.

Pada awal pagi 28 November, kesemua tempat kejadian kecuali Taj Mahal Palace ditawan oleh polis dan pasukan keselamatan. Tindakan yang diambil Pengawal Keselamatan Negara pada 29 November menamatkan kejadian Taj Mahal Palace, sekaligus menamatkan segala pertempuran.

Mula-mulanya, sebuah pertubuhan yang bergelar Deccan Mujahideen mengaku bertanggungjawab. Tidak lama kemudian, Mohammad Ajmal Amir Kasab, iaitu satu-satunya pengganas yang ditawan hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh India, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain lagi.

Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010 menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal Kasab atas lima dakwaan.

Serangan-serangan tersebut dikecam masyarakat dunia.