1/01/13

Senapang Angin

Amboi sedap bang main tembak-tembak. 

Senapang angin sekarang boleh dikatakan menjadi kegilaan kepada yang suka memburu. Ini bukan barang mainan untuk kanak-kanak. Tapi fungsi dia sudah macam senapang sebenar. 

PELURUNYA a.k.a PELLET CALL .177 (4.5 mm)


Tapi inilah akibatnya memiliki atau menggunakan senapang angin ini. Ia adalah salah di sisi undang-undang.

Empat lelaki ditahan miliki senapang angin
Empat lelaki ditahan miliki senapang anginKLUANG - Empat lelaki ditahan polis kerana memiliki senapang angin di sebuah ladang kelapa sawit di Layang-Layang, dekat sini, pada 18 Oktober lalu.
Kesemua lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 pagi hasil intipan sepasukan polis dari Balai Polis Layang-Layang ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira yang kelihatan mencurigakan di ladang tersebut.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut, didapati ia ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.
Menurutnya, selaras senapang angin yang dileraikan dalam sebuah beg ditemui di bonet belakang kereta tersebut.
“Ketika pemeriksaan sedang dibuat, telah datang empat lelaki berumur dalam lingkungan 28 hingga 50 tahun yang mengaku pemilik kereta berkenaan.
“Tangkapan ke atas kesemua lelaki tempatan terbabit dilakukan setelah diterangkan sebab-sebab dan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, kelmarin.
Abdul Majid berkata, berdasarkan rekod polis, salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes curi.
Beliau berkata, hasil tangkapan ke atas semua mereka, polis berjaya merampas sebuah kereta jenis Proton Wira, selaras senapang angin dan 16 butir bearing.
“Setakat ini pihak kami tidak mengetahui lagi senapang angin tersebut digunakan untuk tujuan apa, tetapi jika dilihat, ianya digunakan untuk menembak binatang. Walau bagaimanapun, ianya masih dalam siasatan lagi.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.