12/01/13

Cara nak tahu & uji sama ada gambar superimpose atau tidak

Kebelakangan ini, banyak tersebar gambar2 kontroversi di internet yang melibatkan ahli politik dan artis. Kebanyakkan gambar tersebut adalah gambar yang telah diubahsuai (atau superimpose) menggunakan perisian seperti Photoshop.

Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memalukan atau menjatuhkan karier seseorang.

Kini terdapat satu laman web yang boleh memeriksa samada gambar tersebut telah diubahsuai atau tidak. Muat naik gambar tersebut ke mana2 image hosting seperti imgur.com, kemudian pergi ke laman fotoforensics.com dan masukkan alamat di mana gambar tersebut di muat naik.

Laman web tersebut akan menukarkan gambar tersebut ke imej ELA (Error Level Analysis). Melalui imej ini, anda boleh lihat garis2 pengubahsuaian pada gambar tersebut. Rujuk gambar di bawah. Gambar sebelah bawah adalah gambar imej ELA. Terdapat garis2 pengubahsuaian pada bahagian cermin mata, muka pakaian dan tangan gadis tersebut menunjukkan gambar tersebut telah diubahsuai.







Adalah diingkatkan bahawa gambar yang hendak diperiksa tersebut mestilah gambar asli atau gambar asal, iaitu gambar digital yang diambil terus dari kamera dan kemudian disalin. Gambar print screen dari komputer ataupun gambar scan tidak boleh digunakan untuk analisis ini.