13/01/13

700,000 orang Berhimpun : Semua orang nak berhimpun sekarang ni.

 
Sejak dari kecil kita diajar untuk berhimpun di dalam perhimpunan pagi di sekolah. Tapi apa tujuan kita untuk berhimpun? Apa yang kita dapat? Apa erti kehidupan jika tidak berjuang? Bak kata perpatah " bersatu teguh bercerai roboh". Apa yang berlaku ini adalah gelombang. Cuma menunggu masa untuk menerjah. Bila tiba masanya mungkin bisa menbinasakan tembok yang selama ini gah. 

Hakikat dan realiti kini semua orang sudah sedar. Sudah tahu. Tidak perlu memutar belit fakta. Rakyat kini tidak semudah itu untuk di tipu hidup-hidup. Rakyat inginkan perubahan. Adakah cara atau taktik untuk menghalang gelombang ini. 

Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.