31/12/12

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari


Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata, sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - Bernama


Unik : Bandar Terancang Eixample di Barcelona

Selain terkenal dengan kelab bola sepaknya, bandaraya Bercelona juga memiliki rekabentuk susun atur kota yang sangat indah dan terancang.

Salah satu kawasan penempatan di Barcelona yang terkenal dengan susun atur kotanya yang indah adalah Eixample.




Info Ringkas :

Eixample mula dibangunkan pada abad ke-20.

Susun atur terancang Kota Eixample ditanda dengan jalan-jalan lurus yang panjang, pola-pola garis yang tepat, jalan-jalan lebar dan blok persegi oktagonal dengan sudut yang dinamakan Chamfered.

Rekabentuk ini merupakan rancangan Ildefons Cerda, dengan ciri khas ruang terbuka hijau yang luas dan jalan raya yang lebar.

Bangunan pencakar langit yang hampir tiada di kota ini memungkinkan cahaya matahari dapat masuk ke setiap sudut kota dan menghadirkan pemandangan kota yang indah.

Beberapa bahagian dari Eixample banyak dipengaruhi oleh seni bina Modernista, seperti karya arkitekcer terkenal Antonio Gaudi.

Salah satu karyanya di Eixample adalah Casa Mila dan Casa Batlo.

Lagi Gambar-Gambar Menarik :















30/12/12

Top 5 Jenama Pakaian Termahal Dunia

Hari ni kite tengok jenama pakaian mana yang paling mahal dan menjadi kegilaan orang2 banyak duit ni, bagi aku takde la sangat fesyen ni kan, tapi still nak tahu jugak. So, kat bawah ni aku senaraikan antara 5 jenama pakaian termahal. Jom kite lihat sama-sama. Sumber dari Kaskus dan Wikipedia.



Hanyalah perantau yang bermastautin di Paris dan kemudianya di London yang berkerja di hotel2 esklusif, Guccio Gucci (1881–1953) amat terpesona dan kagum melihat barang mewah yang dibawa oleh tetamu hotel. Dia tidak lama kemudian kembali ke tempat lahirnya, Florence di Itali yang sememangnya kaya dengan sumber2 berkualiti dan mula membina empayarnya sendiri. Kini Gucci menjadi jenama pakaian yang amat terkenal dengan kemewahannya dan terlibat dalam bidang kosmetik, artikel sukan, barang kemas, cermin mata dan lain-lain pakaian yang sememangnya ...pergh, mahal siot tapi kualiti mantap



Chanel S.A atau lebih dikenali sebagai Chanel merupakan sebuah jenama yang menjadi pujaan golongan elite. Di asaskan oleh Gabrielle "Coco" Chanel, seorang rakyat Perancis yang mendapat jolokan nama Coco semasa menjadi penyanyi di Kelab. Chanel amat terkenal dikalangan wanita muda kerana Fesyennya yang tampak lebih muda dan simple disamping lambang golongan Elite.



Pakaian ternama Itali ini memperkenalkan pakaian yang bergaya untuk memenuhi pelbagai keperluan penggemar fashion, dan selain daripada jenama pakain terkenal, ia adalah salah satu daripada jenama pakaian yang paling mahal. Pakaian Prada adalah nama yang terkenal dengan kesederhanaan, keselesaan dan keyakinan, bahkan ramai bintang2 Hollywood juga amat meminati dengan pakaian mereka ini.



Nama besar dalam dunia fesyen antarabangsa. yang diasaskan oleh Girgio Armani dan Sergio Galeotti. Girgio Armani S.P.A mendapat tempat dikalangan peminat fesyen antarabangsa kerana kualitinya yang sudah tentu tinggi dan bermutu, dari Itali katakan. Armani memang menyediakan pilihan fesyen yang banyak tetapi bermutu merangkumi wanita, lelaki dan kanak2.



Koleksi pakain Marc Jacobs menjadi impian kebanyakan wanita muda. Marc Jacobs yang berbangsa Perancis sememangnya berkerja sebagai seorang designer. Marc pernah memenangi anugerah Ordre des Arts et des Lettres yang merupakan Anugerah paling berprestij bagi penggiat seni di Perancis. Citarasa dan design daripada Marc sentiasa menepati musiam dan citarasa wanita moden.

Perbezaan Air Mineral Dan Air Minuman

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.

Air mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00 padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan tidak berbaloi.

Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).


AIR MINERAL




AIR MINUMAN



Manakala, air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warnaPENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.

Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen. Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.

Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini Ianya ebih terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar berkongsi pengetahuan dengan warga CG semua. Pilihlah dengan bijak.

Jubah Halimunan - Quantum Stealth Technology.



Sebuah perusahaan asal Kanada yang menamai dirinya HyperStealth Biotechnology memang sedang fokus dalam pembuatan jubah kamuflase yang membuat para tentara tak terlihat sama sekali oleh musuhnya.


Jubah yang dijuluki Quantum Stealth itu di desain oleh Guy Cramer, menurutnya, jubah tersebut dapat mengalihkan cahaya di sekitarnya dan juga menyamarkan objek si pemakainya.


Canggihnya lagi, jubah kamuflase yang terinspirasi dari film Harry Potter ini tak memerlukan kamera, bateri ataupun kaca sebagai penunjangnya. Untuk mencoba keberhasilan jubah ini, beberapa tentara di U.S. dan Kanada sudah mengaplikasikan kamuflase jenis ini.

Emas CombiBars

CombiBars adalah emas yang dihasilkan dalam kepingan 1 gram dan ianya mempunyai nomber siri yang mana mempunyai maklumat pemiliknya.

Kepingan 1 gram ini dihasilkan untuk memudahkan mereka untuk menjualnya apabila memerlukan duit.




























Kampung rapunzel - semua perempuan berambut panjang


Rambut adalah satu aset yang paling penting buat wanita kerana ia adalah satu hiasan dan mahkota semulajadi yang umum untuk menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan mereka. Bagi wanita etnik Yao pula, rambut adalah hak milik individu yang paling berharga dan mereka adalah etnik dari perkampungan Huangluo, China.



Perkampungan yang unik ini terletak di Gulin, China. Seperti kampung-kampung yang lain, perkampungan Hunagluo mempunyai mempunyai keindahan persekitaran semulajadi yang sangat menarik dan mempunyai banyak tradisi purba yang menjadi tarikan para pelancong. Apa yang paling unik di perkampungan ini adalah setiap wanita-wanita yang ada disana amat obses untuk berambut panjang. Mereka juga telah menerima sijil rekod dunia untuk perkampungan rambut yang paling panjang di dunia dan juga dikenali sebagai Kampung rambut Panjang di seluruh China.



Rambut sentiasa memainkan peranan yang besar dalam kehidupan wanita Yao di perkampungan Huangluo ini. Semasa musim panas dan musim luruh, kaum wanita akan pergi ke sungai untuk membasuh rambut mereka dan kemudian akan membalut untuk menjaga rambut mereka dalam selendang biru. Pada satu ketika dahulu, hanya lelaki yang digelar suami buat mereka sahaja yang mempunyai keistimewaan untuk melihat rambut panjang wanita di perkampungan Hongyao ini. Jika orang tempatan atau warga asing yang terlihat rambut panjang seorang wanita Yao secara tidak sengaja, mereka akan dipaksa untuk menghabiskan masa selama tiga tahun dengan keluarga wanita tersebut sebagai anak. Namun, tradisi ini telah lama ditinggalkan sejak pada tahun 1987. Kini, wanita Yao dengan bangga menunjuk dan sikat rambut mereka di khalayak ramai tanpa perlu bimbang apa-apa akibat.



Wanita di perkampungan ini hanya boleh memotong rambut mereka hanya sekali dalam seumur hidup iaitu ketika mereka berumur 16 tahun. Pada ketika itu, mereka dibenarkan untuk mula mencari untuk kekasih sebagai pasangan hidup. Semua wanita di perkampungan Huangluo akan menggayakan rambut mereka seperti dulang dan ianya mempunyai makna-makna yang tertentu.

Jika rambut hanya dibalut di sekeliling kepalanya, ia bermakna dia berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Jika dia mempunyai sanggul yang kecil di bahagian hadapan, ia bermakna dia berkahwin dan mempunyai anak dan jika dia memakai sapu tangan di sekitar kepalanya, ia bermakna dia sedang mencari seorang kekasih untuk dijadikan suami.



Mitos & Fakta Kucing Jantan Belang Tiga

Calico cat - Phoebe by Howcheng

1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui karana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.

Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.

Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.

Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.

Pekan Kecil Tiada Jalan Raya Di Belanda



PEKAN kecil tiada jalan raya di Belanda, tapi jadi tarikan pelancong....Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan sederhana, mungkin kota kecil Giethoorn di Belanda dapat menjadi salah satu tempat yang dapat dikunjungi. Kota kecil Giethoorn tidak memiliki jalan raya, hampir seluruh kota di kelilingi oleh kanal-kanal parit kecil yang indah.

Penduduk di kota kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai sarana transportasi atau berjalan melalui jembatan. Bagi pelancong yang mengunjungi tempat ini, kereta atau bas perlu diparking di luar perkankungan itu..Terletak di Overijssel, kota Giethroon memiliki kanal sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya.

Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarik pelancong di Belanda dengan julukan Venesia dari Belanda. Kota ini didirikan oleh sekelompok pelarian dari wilayah Mediteranian sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal pada tahun 1958 ketika dibuat filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival fiem Fanfare.






25/12/12

Mengapa Lalat Susah Dipukul?




Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini.

Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya.

Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut.

Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya.

Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman.

Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang.

Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan.

Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman.

Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya.

Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul serangga ini.

Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang.

Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat.

Vespa termahal di dunia

Terbayang bagaimana jika Vespa klasik yang begitu eksotis dimodif dengan barang mewah? Ya, inilah satu-satunya Vespa di dunia yang dimodif dengan ditutupi ribuan kristal Swarovski.


Vespa VVB 150 keluaran tahun ’61 ini dimodif oleh sebuah perusahaan Stone rich world di Jerman. Mereka menempelkan sebanyak 150.000 kristal Swarovski pada seluruh bodi vespa dan butu* waktu 4 tahun untuk mengembangkan teknik penerapan kristal-kristal tersebut tanpa menghancurkan cat dasar asli.
Tak heran bila Vespa ini bisa menjadi modif-an paling rumit dan paling mahal yang pernah ada di dunia. Bahkan biaya yang dihabiskan untuk memodif skuter modis ini mencapai $ 321.150 atau setara 3,1 miliar Rupiah. Wow!

Kowloon Walled City kota kegelapan di Cina


Kota besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepang selama perang dunia II, yang kemudian diambil alih oleh penduduk liar setelah Jepang menyerah. Pemerintahan Inggris ingin China bertanggung jawab terhadap kota ini, kerana kota tersebut menjadi kota yang tidak beraturan dan tidak taat pada hukum pemerintah. Populasi tidak terkendali, penduduk membangun koridor lybirint yang setinggi jalan yang penuh tersumbat oleh sampah, bangunan yang sangat tinggi sehingga membuat cahaya matahari tidak bisa menyinari. Seluruh kota disinari dengan neon. Kota tersebut penuh dengan rumah pelacuran, kasino, rumah madat dan obat bius dan kokain, banyak terdapat makanan-makanan dari daging anjing dan juga terdapat pabrik-pabrik rahasia yang tidak terganggu oleh otoritas.Keadaan ini akhirnya berakhir ketika di tahun 1993, diambil keputusan oleh pemerintah Inggris dan otoritas China untuk menghentikan semua itu.