24/12/12

Tahukah Anak Anda Sebenarnya Mula Menguap Dalam kandungan?



Kajian dan imej 4D penyelidik di United Kingdom mendapati bayi dalam kandungan bukan sekadar pandai menelan, sedu dan mengeliat tetapi juga pandai menguap.

Kajian ke atas 15 fetus yang sihat mendapati menguap adalah salah satu proses pembesaran yang dipercayai membolehkan doktor menggunakannya untuk menilai tahap kesihatan bayi dalam kandungan.

Sebelum ini, kemampuan bayi menguap menjadi topik hangat antara pakar dengan ada di kalangan mereka yang menolak tindakan itu mampu dilakukan.

Menulis dalam majalah PLOS ONE, kumpulan penyelidik itu berkata, kajian mereka berjaya membezakan dengan jelas antara bayi yang menguap dan hanya membuka mulut.


“Berbeza dengan kita (dewasa), bayi dalam kandungan tidak menguap kerana mengantuk atau menguap secara terikut-ikut, namun ia mungkin ada kemungkinan dengan proses perkembangan otak mereka,” kata Nadja Reissland dari Jabatan Psikologi Universiti Durham.

Menurut pakar, kecederungan bayi untuk menguap dalam kandungan mengurang mulai minggu ke 28 dan tidak ada perbezaan antara bayi perempuan atau lelaki dalam tindakan demikian.