8/12/12

Asal Usul nama 'Harimau Malaya'


Umum mengetahui harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara kite.Tapi, gua rase ramai yang belum mengetahui asal-usul name tersebut diperolehi. Sebenarnya, name tersebut adalah asalnya gelaran kepade seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi striker, Beliau adalah Dollah Don.



Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pade 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnye melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.


Dollah Don pada mulenye bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juge merupekan atlit olahraga yang berjaya, pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.




KEHEBATAN

keratan akhbar



PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang gua cari, Beliau sering menerime jemputan untuk bermain di sane.Pade tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnye die jatuh sakit dan tak dapat diturunkan. Lu orang pun tau kalau dah melibatkan penyokong Indon, confirm kecoh jadinye..

Keadaan stadium mase tu huru-hara dan penonton meminta pihak penganjur memulangkan duit tiket. Akhirnya penganjur akur.


HARIMAU MALAYA

Pade era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negare tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dolah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.



Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.
Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh mase pertame, Pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh mase kedue mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamekan kedudukan. Ketige-tige gol tersebut dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.




Sejak itu gelaran Harimau Malaya lekat kepade Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia.