3/11/12

Venus Kapal Layar Rahsia Milik Steve Jobs

Venus Kapal Layar Rahsia Milik Steve Jobs : 

Steve Jobs tidak perlu lagi di perkenalkan. Lelaki yang terkenal dengan imej bersahaja dan cool ini begitu penting dalam sejarah perkomputeran dunia. Namun pada tanggal 5 Oktober 2011 Steve Jobs telah meninggal dunia akibat kanser pankreas ketika berusia 56 tahun. 

Namun tanpa di ketahui,Steve Jobs secara rahsia dan sulit telah mereka sebuah kapal layar istimewa buat dirinya beberapa minggu sebelum dirinya meninggal dunia. Kapal layar eksklusif yang di beri nama Venus ini mengambil sempena nama Dewi Cinta Rom yang memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingnya.Kapal layar Venus ini memiliki panjang 260 kaki (79 meter),ruang tingkap setinggi 10 kaki dan di bina sepenuhnya daripada Aluminium. Kapal layar Venus ini telah di hasilkan oleh sebuah perusahaan membuat kapal yang berpangkalan di Belanda,Feadship. 

Apa yang menarik,kapal layar Venus ini turut di lengkapi dengan 7 buah komputerMacBook Apple di ruangan pemandu bagi menampakkan ciri eksklusif pada kapal ini.Sungguhpun begitu,agak sedih Steve Jobs tidak berpeluang untuk melihat sendiri kapal layar Venus hasil cetusannya dan di khabarkan keluarga Steve Jobs telah menghadiahkan sebuah iPod Shuffle kepada semua krew yang terlibat dalam pembinaan kapal layar Venus ini.