24/10/12

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Petua menghilangkan pedih ulu hati cara tradisional, guna bahan yang senang didapati dirumah. Ini cuma sebahagian ikhtiar kita untuk hilangkan rasa sakit.

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati guna soda bikarnonat

Petua 1: Ambil 1 camca teh soda bikarbonat campurkan dalam segelas air dan minum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikan pH yang berasid.




Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati guna limau nipis

Petua 2: Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.



Info Pedih Ulu Hati

Info Pedih Ulu Hati

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi.

Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser, ‘Gastric ulser danRefluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut.

Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya anda mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.