20/10/12

Kaitan Manusia Dan Ayam

Kehidupan manusia sangat sinonim dengan ayam. Dan ayam juga adalah salah satu makanan yang paling digemari. Namum entah kenapa banyak perpatah dan peribahasa yang dikaitkan dengan ayam. Tak percaya? baca dulu...

1. Manusia yang nampak rezekinya sebelum berusaha:
"tuah ayam di kaki.tuah manusia siapa yang tahu"
*manusia tidak tahu dimana Allah letak rezekinya kerana Allah suruh manusia berusaha.

2. manusia yang miskin:
"kais pagi makan pagi kais petang makan petang"

3. manusia yang jahat:
bapak ayam, mak ayam.

4. manusia yang suka bergurau:
"ajak-ajak ayam"

5. manusia yang bermasalah penglihatan:
"rabun ayam"

6. manusia yang susah tidur lena:
"tidur-tidur ayam"

7. manusia yang pengotor:
"kaki ayam"

8. manusia yang tulisannya hodoh:
"cakar ayam"

9. Manusia yang selalunya menjadi ketua dalam sebuah organisasi:
"ayam tambatan"

10. manusia yang suka sembang lebat:
ayam kampung

11. manusia yang suka bergosip:
ayam telur

12. manusia yang suka bergaduh dan cari pasal:
ayam laga.

13. manusia yang suka bijak memperdaya orang lain:
"ayam terlepas tangan bau tahi".

14. manusia yang suka menyamar jadi orang lain:
"musang berbulu ayam"

15. manusia yang *****:
ayam daging.

Anda ayam yang mana satu?haha..pendek kata, janganlah melintas seperti ayam.