1/06/12

Pondok Telefon Unik Di Brazil

Kalau dulu-dulu sebelum munculnya telefon bimbit, public phoe atau telefon awam ini adalah menjadi keperluan untuk berhubung. Masih ingat lagi suatu ketika dulu terpaksa beratur semata-mata menunggu giliran untuk menbuat panggilan. 

Di Brazil telefon awam masih digunakan orang ramai. Di Sao Paolo projek Call Parade dianjurkan sebuah syarikat telekomunikasi dimana 100 orang artis diminta menghias pondok telefon sekitar bandar tersebut. Hasilnya ialah pondok-pondol telefon yang menarik dan paling penting sekali dapat dilihat dari jauh apabila anda perlu mencarinya. Nice!