7/06/12

Alat Hukuman Untuk Mereka Yang Suka Gossip

 
Wanita, secara purata, mereka lebih suka berkata-kata daripada lelaki. Namum tidaklah dikatakan lelaki pun tidak bergossip atau mengumpat. Ini merupakan satu hakikat sosial, yang diperhatikan selama beribu-ribu tahun.

Ianya adalah perilaku manusia sejak zaman berzaman, kalau dekat kampung geng-geng mak cik sambil melepak dengan jiran sebelah umah sambil perkena cekodok. Pelbagai cerita ceriti dan topik hangat dijadokan perbualan. Si Bedah macam ni la, Si Minah Macam tu la.

Namum tahukah kita zaman-zaman kuno dulu-dulu, terdapat hukuman khas bagi mereka yang suka bergossip atau Si Mulut Murai ni. Jom Kita Layan....


 





" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu"(Surah Hujurat ayat 12







" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat"(Surah Al-Nur ayat 19)







Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang
membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

" Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)."
Namum didalam sesetengah hal kita dibolehkan mengumpat atau menceritakan keburukan orang. Sila didalam entry saya yang lalu. Klik Sini.