17/12/11

Wanita Cepat Tua : Mengadap Komputer Terlalu Lama

Dr Prager ada tips berguna iaitu dengan meletakkan cermin kecil di sebelah skrin monitor. Harapannya para wanita boleh cepat menyedari ketika wajahnya mula berkerut dahi, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.
Hidup di era digital kini membuatkan ramai wanita menghabiskan banyak masa di depan komputer. Menurut kajian, hal ini boleh mempercepatkan proses penuaan dinatra tandanya dengan kulit cepat berkedut.

Fenomena yang disebut 'wajah komputer' ini sering didapati pada wanita kerjaya yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Bahkan suri rumah tangga sekalipun boleh mengalaminya ketika sudah ketagihan internet di rumahnya.

Seorang pakar bedah kosmetik bersal dari Britain, Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah kajian. Menurut kajian doktor pakar botox tersebut fenomena seperti ini dialami sebahagian besar pelanggan dan beberapa wanita yang bekerja di pejabat.

"Semasa dalam keadaan fokus dan serius di depan komputer, umumnya para wanita akan mengerutkan dahinya sekali sekala tanpa disedari," kata Dr Prager.


Jika berterusan berjam-jam dan menjadi rutin setiap hari, kerutan tersebut akan mempercepatkan pembentukan kedutan. Garis-garis wajah itu lama-lama akan terbentuk di dahi dan bahagian kulit wajah lain.

Dipetik dari Telegraph, Minggu (26/9/2010), wanita yang terlalu lama di depan komputer juga terdedah mengalami gejala 'turkey neck'. Dinamakan demikian kerana kulit di bahagian leher mengendur seperti kulit ayam Belanda.

Menurut Dr Prager, gejala ini disebabkan oleh posisi duduk yang jarang berubah dalam jangka masa yang sangat panjang. Akibatnya otot leher memendek dan kulitnya turun lalu membentuk jadi mengendur.
 
Manakala bagi untuk mengatasinya, Dr Prager ada tips berguna iaitu dengan meletakkan cermin kecil di sebelah skrin monitor. Harapannya para wanita boleh cepat menyedari ketika wajahnya mula berkerut dahi, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.

Pelbagai cara boleh dilakukan sebagai usaha untuk santai. Selain berehat sejenak diantara waktu bekerja dengan komputer dan berjalan-jalan, melakukan senaman otot wajah juga cukup berkesan melawan tanda penuaan awal.