8/12/11

Syarat Mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( RM500 )


Syarat Kelayakan untuk memohon Bantuna Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Orang yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yang tinggal bersama yang sudah kahwin, anak itu pun layak.
Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.

Borang BR1M akan diedarkan mulai 10 Disember 2011 melalui Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung, Pej LHDN, Pej Wakil Rakyat, website MoF.

Borang lengkap BR1M boleh diserah melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah2 terpilih sebelum 10 Januari 2012.

Bagi permohon yang tiada ‘pay slip’ contoh kerja sendiri/kerja kampung, boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung.



KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.