11/12/11

SBPA : Dasar Pemisah Tiada Yang Akan Teranianya

Di dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan oleh kerajaan baru ini bagi mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Ada satu dasar yang baru dikeluarkan iaitu, Dasar Pemisah ( Exit policy) dimana kakitangan awam yang prestasi kerjanya rendah akan ditamatkan perkhidmatan. Namum bagi memastikan tiada kakitangan yang teraniaya, kita dengar apa kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan dasar ini berlaku adil kepasa semua kakitangan.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.




Bagi menjelaskan kaitan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:

1. Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013

2. Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.

3. Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.

4. Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.

Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.

By Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA