24/12/11

Pengguna Internet Amerika Mudah Tertipu

Tidak dinafikan kehidupan hari ini tidak dapat dipisahkan dengan internet. Segala urusan dengan mudah dan cepat hanya dilakukan dihujung jari. Begitu juglah mudahnya para SCAMMER, menipu atau memanipulasi dunia teknologi ini untuk mengaut untung. Mereka menpergunakan sifat kelemahan utama manusia untuk menipu sesiapa yang mudah terpedaya dengan apa sahaja tawaran yang menarik dan memukau kalbu. Tak sangka dinegara maju seperti Amerika pun ada juga rakyat mereka yang senang di tipu..he3


SAN FRANCISCO: Pengguna internet di Amerika Syarikat senang terpedaya dengan penipuan internet, dan selalunya apabila ada tawaran untuk memenangi hadiah peralatan elektronik terbaru seperti komputer tablet, menurut laporan kajian yang dikeluarkan, semalam.

Lebih daripada separuh yang ditanya dalam kajian Ponemon yang disokong oleh sebuah firma keselamatan internet, PC Tools, mendapati mereka akan mendedahkan nombor telefon bimbit, alamat e-mel atau maklumat lain apabila mereka diberitahu akan memenangi hadiah tanpa perlu berbuat apa-apa.

“Walaupun dalam keadaan mereka tahu yang perkara itu terlalu mustahil, mereka tetap terpedaya,” kata Pengurus Kanan Strategi Internet, PC Tools, Eric Klein.

“Saya tak tahu macam mana pengguna boleh terpedaya,” tambahnya lagi.

Penyangak siber sudah lama mengeksploitasikan sifat semula jadi manusia dengan penipuan yang berlandaskan pengetahuan ‘pengendalian sosial’ untuk orang ramai mendedahkan rahsia mereka seperti kata laluan atau secara tidak sengaja memasukkan virus komputer.

Manipulasi yang dilakukan berbeza, seperti memberitahu pengguna nama mereka dimasukkan dalam peraduan untuk memenangi hadiah selepas menyertai kajian atau cuba membuat mereka membuka fail perangkap yang mengandungi imej seksi.

“Jelas daripada keputusan kajian, ancaman penipuan ini masih dipandang rendah,” kata penyelidik Institut Ponemon. - AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html