15/12/11

Pelaris : Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Khadam Jin

pelaris, v12gether
Contoh Pelaris

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin):-

1. Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. (Sebaiknya semasa dalam kereta).
2. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.
3. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas. (Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Untuk perhatian blog ini tidak menggunakan pelaris...hu3