4/12/11

Katrina Sebar Virus Internet



AKTRES Katrina Kaur menjadi nama paling berbahaya di Internet kerana ia mendedahkan para pelayar kepada serangan virus maya.

Menurut laporan sebuah syarikat antivirus, peminat yang menggabungkan nama Katrina dengan perkataan seperti free downloads, hot pictures, screen savers dan videos sebenarnya mendedahkan komputer mereka kepada serangan itu.


Dalam kajian itu, nama aktres tersebut berada pada kedudukan pertama dalam kalangan kata kunci selebriti paling berbahaya di India diikuti Deepika Padukone dan Kareena Kapoor.

Laporan itu menjelaskan bahawa pengguna akan mempunyai 10.26 peratus kemungkinan untuk terdedah kepada risiko jika menaip nama tersebut.

Selain Katrina, selebriti nama lain yang tersenarai antara selebriti yang berbahaya di Internet termasuklah Saif Ali Khan, John Abraham, Priyanka Chopra, Aishwarya Bachchan, Bipasha Basu, Aamir Khan dan Shahrukh Khan



Sumber : http://www.kosmo.com.my