6/12/11

Hari tanpa kereta Georgetown


GEORGETOWN: Ketua Men teri, Lim Guan Eng meng isytiharkan hari tanpa kenderaan di bandar ini pada 11 Disember akan datang untuk memberi peluang kepada penarik beca menambah pendapatan serta mengalakkan orang ramai berbasikal sesuai dengan kempen hijau bagi menghilangkan kesan karbon ekzos kenderaan.

Jelasnya, hari tanpa kenderaan sepatutnya bermula pada awal Disember tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran perlumbaan motosikal di Padang Kota Lama pada 3 dan 4 Disember ini.
Bermula dari tarikh itu juga, penarik beca akan diberikan bonus jika mendaftar diri dengan Jabatan Pelancongan Negeri.

Kenderaan berenjin tidak akan dibenarkan memasuki zon khas di Georgetown yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO mula jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Ahad.

“Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah diarahkan membantu melicinkan program berkenaan. Penarik beca juga akan diberikan RM100 sebulan berbanding cadangan awal RM100 setiap dua bulan,” jelas beliau.

Sekiranya program ini berjalan lancar, Pulau Pinang akan menjadi perintis sebagai negeri pertama di Malaysia mengisytiharkan Hari Tanpa Kenderaan di lokasi terpilih pada setiap hujung minggu.

Semua program ini, katanya telah dirancang kerajaan negeri sejak tiga bulan lalu bagi meningkatkan taraf hidup penarik beca yang menjadi salah satu daya tarikan pelancong di pulau pelancongan ini.