10/09/11
Cinta Terhalang | Romeo N' Juliet Malaya
Kisah cinta popular karya William Shakespeare mejadi kisah yang cukup klasik dan sehingga kini menjadi icon merujuk kepada cinta sejati bagi pasangan yang dilamun asmara. Namum kali ini ia bukan lagi fiksyen atau cerekarama dilayar, ia betul-betul terjadi di dunia nyata ini kisah 'Romeo dan Juliet Malaya'
SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.
Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.
Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.
Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.
Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.
Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.
Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.
“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.
“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_06.htm