Ekoran daripada sekatan yang dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman web yang berunsurkan muaturun percuma, ada pihak yang hanya mahu dikenali sebagai Anonymos bertindak menggodam laman-laman web Malaysia terutamanya yang melibatkan kerajaan Malaysia. Menurut sumber serangan maya ini akan di lancarkan pada hari Khamis (16/6/2011).
Seawal petang tadi sudah ada beberapa serangan di lakukan, kemungkinan besar laman-laman ini telah di godam atau telah di tutup oleh Cyber Security Malaysia, bagi mengelakkan ia di hack. Antarnya SPRM, BNM, CIDB, Sabah Tourism, MOE, treasury, KRUSTUDIO dan yang menjadi sasaran utama Hacker ini adalah malaysia.gov.my.
Walaupon masih bengang dengan tindakan SKMM itu, namum kita sebagai rakyat Malaysia mahukah kita melihat semua ini terjadi kepada Negara kita sendiri. Ayuh rakyat Malaysia dipihak mana anda, Hacker Jahanam atau Bumi Tumpah Darah kita ini?