14/03/11

Surat Rasmi Suami Kepada Isteri


Suami bin Lelaki
16,Jalan Awam,
01110 Melaka.

Isteri binti Lelaki
16,Jalan Awan,
01110 Melaka

09 Mac 2011
Puan,
Perkara : Permohonan Untuk Berpoligami


Merujuk perkara diatas saya akan memberikan sebab-sebab saya membuat permohonan ini

2. Sebab utama saya membuat permohonan ini adalah saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan kepada saya.Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu,memandangkan masih ada tiga lagi kekosongan,eloklah dapat di isi secepat mungkin.Pihak yang akan mengisi kekosongan itu ialah setiausaha pejabat saya yang bernama Cik Farah.Memandangkan komitmen yang telah ditunjukkan di pejabat amat baik,eloklah kita masukkan dia kedalam carta organisasi keluarga kita.Kekosongan kuota yang selebihnya akan di isi kemudian

3. Untuk makluman pihak puan,yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,terpaksalah saya tangguhkan permohonan ini di samping kurang keyakinan saya untuk membuat permohonan.Kini setelah saya mengeluarkan duit ASB saya,kini kembalilah semangat saya yang hilang itu.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak.Hidup kita selama ini bahagia kerana jika tidak tak kan puan menjadi seperti sekarang.Semua yang puan miliki kini semua sudah bertambah besar.Rumah,kereta ,rantai dan badan sudah menjadi besar.Jika dulu potongan badan puan seperti gitar kini sudah seperti tong drum.Oleh itu sudilah kiranya kita berkongsi kebahagiaan bersama orang lain.

5. Pihak puan juga mendapat faedah daripada kelulusan permohonan ini kerana puan akan dapat menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari bekerja dan 1 hari berehat.Waktu bekerja yang selebih nya akan ditampung oleh pihak ketiga.Kebaikan yang puan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti,saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan.Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga.Menguntungkan bukan.

6. Saya berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini..Hadirkanlah senyuman seperti mana kita menyambut kehadiran bayi pertama 10 tahun yang lepas.Situasinya hampir sama cuma bezanya ialah jika 10 tahun dulu kita terpaksa menjaga dan membelainya bersama -sama tetapi kali ini setiap urusan membelai dan memanjakannya hanya akan di pikul oleh pihak saya sepenuhnya.Saya berharap permohonan ini akan di balas dengan penuh keikhlasan dari pihak puan dan tanda tangan di atas kertas yang saya lampirkan ini bukan di balas dengan balingan periuk,mangkuk dan senduk serta perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.Bersamalah kita berkongsi kebahagian yang kita kecapi demi keharmonian keluarga kita.

Akhir kata,saya harap permohonan saya ini dapat di balas secepat mungkin.Semoga kita bersama-sama pihak ketiga dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian Terima Kasih,


'BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,


Suami bin Lelaki

0 comments:

Catat Ulasan