22/02/11

Doa Di Murahkan Rezeki

Doa adalah senjata mukmin. Jadi kita perlu gunakan senjata ini. Jangan kita sombong dengan tuhan. Biarlah kita bergantung harap kepada ALLAH SWT. Disamping usaha gigih yang kita perah. Berdoalah kita semoga dimurahkan rezeki daripada hasil titik peluh kita.

Doa Di Murahkan Rezeki
Maksud : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


Keterangan Ayat:

Menurut sebuah hadis riwayat al-Hakim dan al-tarmizi daripada Zaid bin Aslam r.a,beberapa org sahabat Nabi drpd keluarga al-Asy'ariyyin yg baru sampai drpd perjalanan berhijrah merasa

lapar.Mereka telah mengutuskan seorang dr kalangan mereka utk mendapatkan makanan drpd Nabi s.a.w.Apabila wakil mereka sampai ke rumah Nabi,beliau mendengar Nabi s.a.w. sedang membaca ayat

ini.Rasa yakin akan rezeki Allah menerusi ayat yg di bacakan Nabi itu menyebabkannya pulang semula tanpa meminta.Sesampainya kepada sahabat2 perjalanannya,dia terus memaklumkan bahawa rezeki

Allah akan sampai kepada mereka.Mereka menyangka bahawa beliau telah membuat permintaan kepada Nabi.Tiba2 dtglah 2 org lelaki membawa roti dan daging utk mereka.Mereka makan sepuas2nya namun

banyak lg yg tinggal.Mereka meminta agar dibawa pulang kpd Nabi utk diagihkan kpd org lain.Mereka mengucapkan terima kasih atas hidangan yg lazat itu namun Nabi menafikan penghantaran makanan

itu.Sahabat berkenaan akhirnya membuat pengakuan tidak meminta drpd Nabi kemudian mengatakan itulah dia rezeki Allah yg janjikan kepada makhluknya.


Khasiat dan Kaifiat Beramal.

Amalkan membaca ayat ini dengan penuh keyakinan akan bantuan Allah.Mintalah rezeki drpd-Nya.Dia berkuasa memberikan kurnianya yg melimpah ruah.

Sumber- Drpd buku 101 Doa para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed.

0 comments:

Catat Ulasan